RSS

Solat Menurut Sains

SOLAT BERJEMAAH MENURUT KAJIAN SAINS

Seorang Professor Fizik di Amerika telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyaria’atkan dalam Islam. Katanya, tubuh badan manusia kita mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita samada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh badan kita. Ketidakseimbangan ini akan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan Profesor ini mengapa Islam mensyaria’atkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang berbeza.

Hasil kajiannya, ia mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat adalah disebabkan ia bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tumit kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan di kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan samada negatif mahupun positif yang dikeluarkan. Manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurutnya lagi, setiap kali bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua raka’at.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibatnya akan kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyari’atkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan empat raka’at untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita akan kehilangan cas yang banyak. Sepertimana solat Zohor, empat raka’at solat ‘Asar yang dikerjakan akan memberi ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu ‘Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga raka’at adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dengan dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan difikiran Profesor itu tentang solat Isya’ yang mengandungi empat raka’at. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut dijalankan, didapati beberapa keistimewa mengapa Allah mensyari’atkan empat rakaat dalam solat Isya’. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan solat Tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isya’ sebanyak empat raka’at itu menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (Qiamullail).

Dalam kajiannya, Profesor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: