RSS

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DAN SUKARELAWAN PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM), BERANANG

Tarikh : 01 April 2012 bersamaan 09 Jamadil Awal 1433

Program anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih dan Surau Al-Ittihaad telah diadakan pada 01 Apr 2012 bermula dari jam 8.30 pagi di Dataran Surau Al-Ittihaad. Seramai 41 orang pelajar dan 3 orang Pensyarah dari kolej berkenaan telah mengambil bahagian bersama-sama dengan AJK Persatuan TTS dan AJK Surau Al-Ittihaad.

Objektif utama selain membersihkan kawasan dan persekitaran, ia adalah bertujuan untuk memupuk tali persaudaraan dan silatulrahim diantara pelajar, pensyarah serta penduduk tempatan disamping pelajar-pelajar ini didedahkan dengan aspek ‘penghijauan’ dan pemeliharaan alam sekitar bertepatan dengan sempena dengan ‘Hari Bumi’ yang juga disambut pada bulan April.

En. Ahmad Wasfi selaku Penyelaras Program tersebut telah mengatur dan membahagikan pelajar-pelajar berkenaan kepada beberapa kumpulan dalam usaha mempastikan tugasan dan kerja-kerja dapat disempurnakan dengan licin dan teratur.

Sebelum program gotong-royong di mulakan, pelajar-pelajar tersebut telah diberi taklimat aturcara program serta agihan tugasan. Program yang telah disusun atur adalah seperti berikut, diantaranya :

  • 8.30 pagi – Ucapan aluan oleh Pengerusi Perstauan Penduduk TTS, YBhg. Dato’ Ahmad Fuad Embi
  • 8.40 pagi – Ucapan oleh Pengerusi Surau Al-Ittihaad, Hj. Samsudin Taramuji
  • 8.45 pagi – Pemilihan kumpulan dan taklimat tugasan oleh Sdr. Ahmad Wasfi
  • 9.00 pagi – Sarapan pagi
  • 9.30 pagi – Memulakan tugasan khidmat masyarakat di kawasan Surau Al-Ittihaad dan sekitar TTS
  • 12.15 tgh – Makan tengahari
  • 12.45 tgh – Rehat
  • 13.20 tgh – Solat Zohor berjemaah
  • 14.00 ptg – Majlis bersurai

Seluruh warga Penduduk Taman Tasik Semenyih ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pelajar-pelajar KPM yang telah bersusah-payah serta bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Kami mendoakan agar pelajar-pelajar ini akan berterusan mengamalkan sikap mulia ini disamping segala usaha mereka ini akan mendapat ganjaran yang sewajarnya dari ALLAH. Amin …..

 
Leave a comment

Posted by on 9 April 2012 in 2012-04

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH KAFA INTEGRASI AL-ITTIHAAD 1432H/2011M

Tarikh :  19 Nov 2011M-Sabtu bersamaan pada 23 Zulhijjah 1432H

Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad sekali lagi telah berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal bagi kali yang ketiga untuk murid-murid yang belajar disepanjang tahun 2011. Walaupun perancangan yang agak singkat, namun majlis tersebut dikira berjaya kerana apa yang telah dirancang telah dapat dilaksanakan dengan tersusun dan  lancar tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Aturcara majlis yang telah disusun atur adalah seperti berikut :

6.00 ptg   – Pendaftaran murid
7.45 mlm – Ketibaan ibu/bapa dan tetamu
8.00 mlm – Ketibaan Al-Fadhil Ust. Bong Salleh. PPTA (Pendidikan) Daerah Hulu Langat)
8.15 mlm – Solat Isya’
              – Bacaan doa’ oleh Hj. Mohd Shukri Ahmad
              – Ucapan oleh Pengerusi Majlis, Tn. Hj. Sulaiman Kamari
              – Ucapan aluan Pengerusi ALP Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad, Hj. Samsudin Taramuji
              – Ucapan perasmian oleh Al-Fadhil Ust. Bong Salleh Adnan, PPTA (Pendidikan) Daerah Hulu Langat
              – Persembahan Nasyid dan Majlis Khatam Quran oleh murid-murid tahun 1 dan 6
              – Penyampaian hadiah dan cenderahati
              – Anugerah Tokoh Murid Lelalki dan Perempuan 2011
              – Jamuan

Peserta khatam Al-Quran 2011, murid tahun 6 :

1.  Ahmad Danial bin Abd. Rahman
2.  Hazmi bin Haridan
3.  Muhammad Ashraf bin Hariyanto
4.  Muhammad Syabil bin Damin
5.  Muhammad Nur bin Rosli
6.  Mohd Haziq bin Mohd Salleh
7.  Izzah Sharmilah bt Mohd Jamil
8.  Zarith Sofea bt Herray
9.  Mohd Hafzin Zikri bin Mohd Fodli

Peserta khatam Al-Quran 2011, murid tahun 1 :

1.  Habiballah bin Abd. Rahim
2.  Muhammad Hafzin Zakwan bin Mohd Fodli
3.  Muhammad Khairul bin Mohd Fauzi
4.  Muhammad Zulhirman bin Che Lah
5.  Nadhirah Najihah bt Mohd Rasid
6.  Rashidah bt Mat Rashid
7.  Amirul Aadli bin Ahmad

Senarai penerima hadiah kecemerlangan murid bagi tahun 2010 mengikut kelas adalah seperti senarai berikut :

Kelas Tahun 1 :

1.  Habiballah bin Abd. Rahim
2.  Muhammad Hafzin Zakwan bin Mohd Fodli
3.  Nadhirah Najihah bt Mohd Rashid

Kerajinan : Rashidah bt Mat Rasid.

Kelas Tahun 2 :

1.  Fatin Nursubaihah bt Fahrul Rozir
2.  Muhammad Ammar Najwan bin Hafrulnizam
3.  Muhammad Hafifi Danial bin Alias

Kerajinan : Muhammad Hafizi bin Rahmat Ali.

Kelas Tahun 3 :

1.  Muhammad Nuqman Nusair bin Zailani
2.  Nurnajihah bt Mokhairi
3.  Nur Atikah bt Zulkifli

Kerajinan : Amirul Arman bin Latib.

Kelas Tahun 4 :

1.  Rabiatul Adawiyah bt Fahrul Rozi
2.  Ahmad Izat bin Adzly
3.  Amar Akhmal bin Masrom

Kerajinan : Ahmad Idzat bin Adzly.

Kelas Tahun 5 :

1.  Ridhayatun Najihah bt Herray
2.  Amyra Athurah bt Latib
3.  Nuraqilah bt Zailani

Kerajinan : Izzah Sharmilah bt Mohd Jamil.

Kelas Tahun 6 :

1.  Zarith Sofea bt Herray
2.  Izzah Sharmilah bt Mohd Jamil
3.  Muhd Hafzin Zikry bin Mohd Fodli

Kerajinan : Mohd Nor Adli bin Rosli

Anugerah Cemerlang Ujian PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) 2010 :

1.  Zareth Sofea bt Herray
2.  Muhammad Nur Adli bin Rosli
3.  Muhammad Hafzin Zikry bin Mohd Fodli

Tokoh Murid Lelaki 2011 : Muhammad Nur Adli bin Rosli

Tokoh Murid Perempuan 2010 : Zarith Sofea bt Herray

Semua hadiah dan cenderahati : disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Bong Salleh, Dato’ Ahmad Fuad Embi (Pengerusi Persatuan Penduduk TTS) dan Pengerusi Surau Al-Ittihaad.

Sekolah ini telah mencatat sejarahnya tersendiri apabila salah seorang pelajar tahun enamnya iaitu Zarith Sofea bt Herray telah memperolehi keputusan mumtaz (cemerlang) di dalam peperiksaan UPSRA 2011 disamping kesemua murid-murid yang mengambil peperiksaan tersebut telah lulus.

Bagi kejayaan tersebut, syukur kehadrat Allah dipohon disamping ucapan terima kasih dan tahniah dituju khas kepada ustazah-ustazah (Rabiatun Niza @ Husna Che Ramly, Ustazah Sharmilah Sharif, Ustazah Hasidah Abdul Rahim, Ustazah Siti Hawa Abdul Rahman dan Ustazah Hasnizah Ahmad Mokhtar) yang telah mengajar dan menbimbing tanpa rasa penat lelah. JAZAKALLAH dan SYABAS !

Sila klik URL di bawah ini untuk melihat gambar-gambar yang diambil sepanjang program yang dijalankan :

http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/sets/72157625359217609/show/

 
Leave a comment

Posted by on 23 November 2011 in 2011-11, BERITA

 

SAMBUTAN HARI RAYA E’IDULADHA 1432H/2011M

Tarikh : 6 Nov 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432

Sdr. Samry dan rakan-rakan telah bersedia dengan lembu qurban untuk disembelih..

ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR… laungan takbir yang bergema di Surau Al-Ittihaad selepas solat Maghrib pada malam 9 Zulhijjah sebagai tanda bermulanya Hari Raya E’iduladha. Ia diketuai dan dibimbing oleh Hj. Shukri Ahmad, Imam surau ini. Para jemaah dengan penuh khusyuk dan tawadduk bersama-sama bertakbir. Takbir perpanjangan sehingga waktu Isya’.

Keesokkan hari, jam 07.30 pagi jemaah telah memenuhi ruang solat untuk menunaikan solat sunat Ei’iduladha. Sebelum solat bermula, Pengerusi surau telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan ringkas yang merangkumi ucapan selamat hari raya E’iduladha, maklumat perkembangan pembangunan surau serta program Ibadah Qurban yang menyusul kemudian pada jam 08.45 pagi selepas solat sunat E’iduladha.

Imam yang bertugas pada hari itu ialah Hj. Shukri Ahmad dan dibantu oleh Bilal iaitu Sdr. Shahbudin Mohd Zain. Teks khutbah agak padat yang banyak menyentuh soal ibadah qurban dengan pengertian yang sebenarnya untuk dihayati bersama.

Petugas-petugas sedang melapah daging qurban...

Seperti yang dijadualkan, program Ibadah Qurban telah bermula sedikit lewat iaitu pada jam 9.15 pagi. Peserta dan petugas telah memulakan qurban pertamanya pada jam 9.30 pagi. AlhamdulliLLah, semua peserta-peserta dan petugas-petugas yang terlibat telah memberikan kerjasama dan komitmen yang utuh dari mula sehingga tamat Ibadah Qurban. Tahun ini, kariah Surau Al-Ittihaad telah berjaya menyediakan 3 ekor lembu dan sementara seekor lembu dan seekor kambing telah disediakan saudara Islam rakyat Pakistan yang turut bersama-sama menumpang dengan surau ini untuk menjalankan Ibadah Qurban. Keseluruhannya, sejumlah lebih kurang 120 bungkusan dan beratnya 1kg setiap satu telah diagih-agihkan kepada petugas-petugas dan ahli kariah terpilih yang lain. Program ini telah tamat pada jam 12.45 tengah hari. SYABAS dan JAZAKALLAH… kepada semua yang terlibat secara langsung dalam program Ibadah Qurban tahun ini.

Sila klik pautan di bawah ini untuk melihat gambar-gambar berkaitan aktiviti surau :
http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/


 
1 Comment

Posted by on 12 November 2011 in 2011-11, BERITA

 

Tags:

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA BAGI PEMBINAAN BANGSAL DI DATARAN AL-ITTIHAAD

Tarikh : 7 Oktober 2011 bersamaan 07 Zulkaedah 1432

En. Norazlan, Penyelaras DUN Semenyih sedang berucap

Majlis ringkas tersebut telah berlangsung di Dewan Solat Surau Al-Ittihaad pada 7 Okt 2011 bersamaan hari Jumaat.   Agenda majlis adalah seperti berikut :

1.  Solat Maghrib
2.  Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ust. Amzan Satiman
3.  Solat Isya’
4.  Ucapan oleh Hj. Samsudin Taramuji (Pengerusi Surau Al-Ittihaad)
5.  Ucapan oleh Penyelaras DUN Semenyih – En. Norazlan
6.  Penyampaian cek sumbangan derma
7.  Jamuan

Ini merupakan sumbangan ketiga yang disampaikan oleh Penyelaras DUN Semenyih, En. Norazlan. Tedahulu, beliau telah memberi sumbangan derma semasa Pertandingan Golf Amal Surau Al-Ittihaad 2011 serta sumbangan khas Ramadhan. Sumbangan kali ini merupakan khusus untuk pembinaan bangsal di dataran Al-Ittihaad bagi tujuan untuk kegunaan murid Sekolah KAFA Integrasi dan jemaah Surau Al-Ittihaad.

Pihak surau juga ingin merakamkan terima kasih kepada Hj. Sulaiman Kamari (AJK Pendidikan dan Dakwah) atas initisiatif dan usaha beliau untuk menyedia dan memanjangkan permohonan sumbangan derma ini ke pihak Penyelaras DUN Semenyih. AlhamdullilLah, apa yang dipohon telah diperolehi walaupun tidak sepenuhnya. Nilai sumbangan tersebut ialah RM8,000. Insya’Allah, pembinaan dijangka akan bermula pada bulan Nov 2011 selepas Hari Raya E’idul Adha sekiranya semua berjalan dengan lancar.

Sila klik pautan di bawah ini untuk melihat gambar-gambar berkaitan aktiviti surau :
http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/
 

 
Leave a comment

Posted by on 8 October 2011 in 2011-09, BERITA

 

MAJLIS MESRA E’IDULFITRI SURAU AL-ITTIHAAD 2011

Tarikh : 24 Sep 2011 bersamaan 25 Syawal 1432

AJK Surau sedang memasang khemah .....

Persiapan untuk menyusun-atur majlis telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Mereka-mereka yang hadir untuk bergotong-royong begitu komited sekali. Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah pembersihan kawasan, mencantik dan menceriakan surau, menyusun kerusi dan meja makan, tegakkan khemah di belakang dapur, masak lemang, masak laksa, penyediaan ‘desserts’ dan minuman. Kesemuanya ini dapat disiapkan sebelum jam 3.00 petang.

Pada jam 6.00 petang, AJK dan petugas kembali ke surau untuk penyediaan makanan di meja-meja makan yang telah disusun-atur sebelum ini. AlhamdullilLah…semuanya beres ‘on-time’.

Pa' Abu dan Sdr. Azmir sedang khusyuk menjamu selera....

Majlis ini yang julung kali dianjurkan oleh pihak surau telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan samada dari kalangan ahli kariah mahupun para jemputan. Walaupun ahli kariah terlalu ketat dengan jadual rumah terbuka di tempat-tempat lain, namun hati mereka masih lagi sayang pada kampung mereka sendiri dengan mempamirkan komitmen mereka dengan mendahului jemputan surau.

Difahamkan bahawa Dato’ Mohd Nawawi Ismail (Penasihat Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih) juga telah sanggup berkejar ke majlis ini sekembalinya dari urusan kerja beliau di Kuala Terengganu pada jam 8.00 malam. Begitu terharunya AJK surau apabila melihat betapa komitednya beliau terhadap surau ini. Majlis ini telah berlangsung pada 24 Sep 2011, Sabtu mulai jam 6.30 petang. Acara yang telah disusun atur adalah seperti berikut :

  • 6.30 ptg – Ketibaan tetamu
  • 6.45 ptg – Doa selamat dan kesyukuran
  • 7.10 mlm – Solat Maghrib
  • 7.45 mlm – Ucapan aluan Pengerusi Majlis
  • 7.50 mlm – Ucapan Pengerusi Surau Al-Ittihaad
  • 7.55 mlm – Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih
  • 8.00 mlm – Jamuan makan dan ramah mesra
  • 8.45 mlm – Solat Isya’
  • 9.15 mlm – Jamuan makan dan ramah mesra
  • 11.00 mlm – Majlis bersurai

Di majlis ini, Pengerusi surau telah mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran para tetamu disamping mengimbau sedikit sejarah kewujudan Surau Al-Ittihaad agar penat jerih orang-orang yang terdahulu untuk membangunkan prasarana surau ini dapat dikenang dan diabadikan. Bagi pihak AJK surau, beliau juga merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua para tetamu khususnya para dermawan, mereka yang memberi sumbangan idea serta tenaga kerja untuk membuat kerja-kerja gotong-royong di surau. Pada masa yang sama juga, beliau mengambil peluang untuk memohon jutaan kemaafan dalam segala bentuk keterlanjuran samada dari segi tutur-kata bahasa, tingkah laku dan kelemahan urus tadbir surau ini.

Apa yang dapat diperhatikan, majlis ini bukan sekadar untuk hadir dan makan, apa yang penting ialah mengakrabkan lagi silatul-rahim dikalangan ahli kariah…..bak kata orang ‘yang jauh di didekat-dekatkan’ dan yang ‘dekat di mesra-mesrakan’.

Akhir sekali, harapan semua pihak iaitu agar majlis yang serupa dapat dianjurkan lagi di masa-masa yang akan datang jika diizinkan ALLAH…Insya’ALLAH.

Sila klik pautan di bawah ini untuk melihat gambar-gambar berkaitan aktiviti surau :
http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/


 
2 Comments

Posted by on 26 September 2011 in 2011-09, BERITA

 

MAJLIS KHATAM QURAN RAMADHAN 1432H/2011M

Tarikh : 25 Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadhan 1432

Hj. Hisma dan qari lain dah bersedia ....

Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Solat Surau Al-Ittihaad pada 25 Ogos 2011 bersamaan hari Khamis setelah selesai solat Tarawih dan Witir. Kehadiran para jemaah Muslimin dan Muslimat serta kanak-kanak amat memberangsangkan dan dijangka melebihi 150 orang jemaah. Majlis ini bagi meraikan mereka-mereka yang telah menaburkan keringat dan tenaga dalam usaha untuk mengindahkan lanskap surau, petugas-petugas yang bertugas bagi menguruskan urusan penyediaan juadah berbuka puasa dan moreh serta AJK Pertandingan Golf Amal Surau Al-Ittihaad 2011.  

Aturcara majlis yang telah disusun pada malam tersebut :
1.  Kata aluan Pengerusi Majlis – Tn. Hj. Sulaiman Kamari (AJK Biro Dakwah dan Pelajaran)
2.  Majlis Khatam Quran dipimpin oleh Tn. Hj. Iskhandar Mohd Nasir (Imam Surau Al-Ittihaad)
3.  Doa Khatam Quran – Tn. Hj. Shukri Ahmad (Imam Surau Al-Ittihaad)
4.  Ucapan terima kasih dan penghargaan – Tn. Hj. Samsudin Taramuji (Pengerusi Surau Al-Ittihaad)
5.  Penyampaian cenderahati : 

5.1  Imam Tarawikh :

5.1.1   Hj. Shukri Ahmad
5.1.2   Hj. Iskhandar Mohd Nasir
5.1.3   Hj. Samsudin Taramuji
5.1.4   Sdr. Zulkarnaen Roslan

5.2  Imam Tarawih Jemputan :

5.2.1   Ust. Amzan Satiman Semaon
5.2.2   Ust. Mohd Hamim Semaon
5.2.3   Ust. Mohd Azrin Samsudin
5.2.4   Ust. Mohd Khidzrul Hafiz Hussin

5.3 Bilal Tarawikh :

5.3.1   En. Shahbuddin Mohd Zain
5.3.2   En. Zulrushdi Abdullah
5.3.3   En. Abd Rahim Abd Latif
5.3.4   En. Dudu Badaruddin Toha
5.3.5   Hj. Sulaiman Kamari

5.4  Petugas Dapur :

5.4.1   En. Abd Rahman Mohd Ali
5.4.2   Hj. Suhaimi Alwi
5.4.3   En. Mohd Sobri Mohd Saman
5.4.4   En. Mohd Izuddin Zainol Akmar
5.4.5   En. Mohd Norhairi Mohd Nawawi
5.4.6   En. Wafiuddin Ismail
5.4.7   En. Abdul Haidi Jasmi
5.4.8   En. Muhd Taufiq Ariff
5.4.9   En. Muhd Zarul Zaeem Zulkapli
5.4.10  En. Hanif Muhamad Barzani

5.5  Ahli Tadarus Al-Quran 2011 (Muslimin) :

5.5.1   Hj. Abu Samah Othman
5.5.2   En. Ahmad Sazali Putih Salim
5.5.3   En. Shafie Zainal
5.5.4   En. Rashid Zainal
5.5.5   En. Rosli Hanafiah
5.5.6   Adik Ibadur Rahman Hj. Iskhandar
5.5.7   Adik Ziyat Ridha Hj. Iskhandar
5.5.8   Adik Khalilul Rahman Hj. Iskhandar
5.5.9   Adik Nasrul Farhan Rizal
5.5.10 Adik Nasrul Fikri Rizal

5.6  Ahli Tadarus Al-Quran 2011 – Muslimat :

5.6.1   Pn. Norshadah Hussin
5.6.2   Pn. Pauziatun Ramli
5.6.3   Hjh. Kalsom Hj. Abdullah
5.6.4   Hjh. Kayah Abd Hamid
5.6.5   Hjh. Siti Mariam Mat Aripin
5.6.6   Datin Hjh. Robeah Md Noh
5.6.7   Datin Hjh. Khairiah Hj. Mat Noh
5.6.8   Hjh. Noraini Kamin
5.6.9   Pn. Hashimah Mohd Ali
5.6.10 Pn. Zaniriah Johari
5.6.11  Hjh. Sabariah Abu
5.6.12  Hjh. Salha Othman
5.6.14  Hjh. Norshimah Ismail
5.6.15  Hjh. Selmah Hj. Mohd Salleh
5.6.16  Cik Nurul Najihah Shukri
5.6.17  Cik Hafizah Hj. Mohd Hisma
5.6.18  Cik Shakinah Ismail
5.6.19  Cik Sahazarul Syazwani Hj. Samsudin
5.6.20  Cik Shazarul Nadiah Hj. Samsudin

5.7  Penerima Cenderahati AJK dan Petugas Pertanding Golf Amal 2011

5.7.1   Tn. Hj. Hamdan Mohammad (Pengerusi)
5.7.2   Hj. Abu Samah Othman (Timbalan Pengerusi)
5.7.3   Hj. Md Hisma Hashim (Setiausaha)
5.7.4   Hj. Samsudin Taramuji (Bendahari)
5.7.5   En. M. Naim Nor (AJK)
5.7.6   En. Ahmad Wasfi Kadri (AJK)
5.7.7   Hj. Sulaiman Kamari (AJK)
5.7.8   Hjh. Kayah Abd Hamid (AJK)
5.7.9   Dato’ Hj. Mohd Nawawi Ismail (AJK Jemputan)
5.7.10 Dato’ Hj. Ahmad Fuad Embi (AJK Jemputan)
5.7.11  Hj. Shukri Ahmad (Petugas-Imam)
5.7.12  En. Ahmad Sazali Putih Salim (Petugas)
5.7.13  En. Kamarul Azlan Abu Samah (Petugas)
5.7.14  En. Abd Rahim Abd Latif (Petugas)
5.7.15  Pn. Zaniriah Johari (Petugas)
5.7.16  Pn. Zaitun Shaari (Petugas)
5.7.17  Cik Hawa Azniza Abu Samah (Petugas)

5.8  Penerima Cenderahati Khas 1432H/2011

5.8.1   En. Rashid Zainol

Seperti tahun lepas, semua para ahli Tadarus lelaki serta jemaah yang hadir telah membaca Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga An-Nas.  Setelah selesai doa Khatam Quran, majlis penyampaian cenderahati disempurnakan.

Setelah selesai penyampaian cenderahati, semua jemaah telah dijemput untuk menjamu juadah moreh yang telah disediakan oleh pihak surau. Apa yang dapat dilihat dan diperhatikan ialah bahawa semua penerima penghargaan khususnya para petugas dan ahli tadarus menyatakan kepuasan serta terima kasih ke atas perhatian dan perhargaan yang diberi oleh pihak surau walaupun dari segi nilainya tidak begitu setimpal. Apa yang penting ….. nilai disisi ALLAH.

Sila klik pautan di bawah ini untuk melihat gambar-gambar berkaitan aktiviti surau :
http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/

 
Leave a comment

Posted by on 28 August 2011 in 2011-08, BERITA

 

PERTANDINGAN GOLF AMAL SURAU AL-ITTIHAAD 2011

Tarikh : 28 Julai 2011 bersamaan 26 Sya’ban 1432

Aksi Sdr. Sazali ....

Cetusan idea dari Hj. Hamdan Mohammad, Hj. Abu Samah Othman dan Hj. Mohd Hisma Hashim telah disambut baik oleh pihak AJK Surau Al-Ittihaad. Cadangan murni ini adalah bertujuan untuk mengutip dana bagi tabung Surau dan Sekolah KAFAI Al-Ittihaad serta juga Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih bagi menampung kos senggaraan dan operasi untuk ketiga-tiga entiti ini.

Bagi menguruskan pentadbiran pertandingan tersebut, satu jawatankuasa pertandingan telah dilantik yang dianggotai oleh :

1.   Pengerusi – Hj. Hamdan Mohammad
2.   Timbalan Pengerusi – Hj. Abu Samah Othman
3.   Setiausaha – Hj. Mohd Hisma Hashim
4.   Bendahari – Hj. Samsudin Taramuji
5.   AJK – En. M. Naim Nor
6.   AJK – En. Ahmad Wasfi Kadri
7.   AJK – Hj. Sulaiman Kamari
8.   AJK – Hjh. Kayah Hj Abd Hamid
9.   AJK Jemputan – Dato’ Mohd Nawawi Ismail (Penasihat Persatuan TTS)
10. AJK Jemputan – Dato’ Ahmad Fuad Embi (Pengerusi Persatuan TTS)

Disamping AJK yang disenaraikan di atas, mereka juga telah dibantu oleh penama di bawah ini sepanjang pertandingan itu dijalankan :

1.   Hj. Shukri Ahmad 
2.   En. Ahmad Sazali Putih Salim 
3.   En. Kamarul Azlan Abu Samah
4.   En. Abd Rahim Abd Latif 
5.   Pn. Zaniriah Johari 
6.   Pn. Zaitun Shaari 
7.   Cik Hawa Azniza Abu Samah

Pertandingan yang dianjurkan itu telah mendapat sambutan sepertimana yang diharapkan. Sejumlah 104 orang peserta telah mengambil bahagian dan ia dijalankan dalam suasana ceria dan santai. Ia diadakan di Staffield Country Resort, Mantin Negeri Sembilan. Jadual pertandingan adalah seperti berikut :

07.45 pagi – Lapor diri dan sarapan pagi
08.10 pagi – Taklimat pertandingan
08.15 pagi – Pertandingan dimulakan
12.30 tgh   – Tamat pertandingan dan kemas diri
13.30 tgh   – Solat Zohor
13.45 tgh   – Makan tengahari
14.00 ptg   – Bacaan doa
14.10 ptg   – Penyampaian hadiah

Apa yang disasar dan dihasratkan oleh AJK Pertandingan telah pun dapat dicapai. Sebagai penghargaan dan terima kasih kepada AJK Pertandingan yang telah terlibat disepanjang persiapan dan pertandingan tersebut, pihak Surau Al-Ittihaad telah merai serta menyampaikan cenderahati kepada mereka-mereka ini. 

Tahniah dan jazakkalLah …… semoga ALLAH saja yang dapat membalas jasa AJK Pertandingan. Tidak lupa juga, terima kasih dari pihak surau untuk para peserta dan penderma khusus untuk pertandingan ini.

Sila klik pautan di bawah ini untuk melihat gambar-gambar berkaitan aktiviti surau :
http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/

 
Leave a comment

Posted by on 28 July 2011 in 2011-08, BERITA