RSS

KEMBALI KE RAHMATULLAH ….

06 Jan

Dengan terasa amat pilu dan sedihnya, di maklumkan bahawa Tn. Hj. Shamsuddin (TTS 3/5) telah kembali ke RahmatulLah pada 29 Dis 08 (Isnin) bersamaan 1 Muharram 1430. Beliau telah meninggalkan seorang balu (Dr. Yon) dan tiga orang anak. Allahyarham adalah merupakan seorang yang periang dan peramah di kalangan jemaah surau. Ketiadaannya amat dirasai kerana beliau adalah merupakan jemaah yang sentiasa hadir ke kuliah-kuliah Maghrib di surau. Bagi pihak AJK, kami merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Kami juga mengharapkan keluarga Allahyarham dapat menerima berita ini dengan penuh sabar dan redha. Sekelian jemaah TTS mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan para solihin. Al-Fatihah …..

 
Comments Off on KEMBALI KE RAHMATULLAH ….

Posted by on 6 January 2009 in BERITA

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: