RSS

TAKLIMAT DAN MAJLIS DOA SELAMAT SEKOLAH KAFA AL-ITTIHAD TAMAN TASIK SEMENYIH (TTS)

06 Jan

Pada tanggal 4 Jan 09 – 5.00 petang, satu Majlis Taklimat Sekolah KAFA telah diadakan dan ia disampaikan olih Pengerusi Surau Al-Ittihad (Hj. Samsudin Taramuji) dan Guru Kanan Sekolah KAFA Al-Ittihad (Ustazah Husna Che Ramly).  Kumpulan sasar majlis tersebut  ialah para ibu/bapa/penjaga yang bakal menghantar anak-anak mereka ke Sekolah KAFA ini bagi sessi 2009.  Sessi soal jawab juga telah dibuka kepada mereka yang hadir.

Disebelah malamnya pula (selepas solat Isya’), Majlis Bacaan Yaasiin dan Doa Selamat diadakan. Ia telah dibimbing olih Imam Surau Al-Ittihad iaitu Tn. Hj. Shukri Ahmad. Setelah itu, ia disusuli pula dengan Jamuan Makan serta Majlis Ramah Mesra dikalangan penduduk Islam setempat.

AlhamdullilLah, kedua-dua majlis tersebut telah berjalan dengan sempurnanya. AJK Surau Al-Ittihad serta staf Sekolah KAFA ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua tenaga kerja gotong-royong dan penderma-penderma yang telah menjayakan impian penduduk untuk mengwujudkan Sekolah KAFAnya sendiri di TTS.

 
Leave a comment

Posted by on 6 January 2009 in BERITA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: