RSS

PROGRAM MOTIVASI DAN QIAMULAIL

07 Sep

Tarikh : 5 Sep 2009M-Sabtu bersamaan 15 Ramadhan 1430H

05092009407Sempena bulan Ramadhan Al-Mubaraq 1430H/2009M, SurauAl-Ittihaad telah 06092009429menganjurkan satu Program Motivasi dan Qiamulail untuk remaja. Program ini bermula dari jam 5.00 petang, 5 Sep 09 -Sabtu hingga jam 11.00 pagi, 6 Sep 09 – Ahad. Sejumlah 38 remaja lelaki dan perempuan telah mengambil bahagian.

Antara agenda yang telah diatur ialah :

1.  Ceramah Motivasi 1 – ‘Peranan Remaja Dalam Islam’ yang disampaikan oleh YBhg. Ust. Mohd Azrin Hj. Samsudin

2.  Tadarus Quran

3.  Iktiqaf dan bermalam di surau

4.  Qiamulail dengan mengerjakan solat-solat sunat Tahajud, Taubah dan Hajat, remaja bersama ibu/bapa. Qiamulail ini telah dibimbing oleh YBhg. Ust. Mohd Azrin Hj. Samsudin.

5.  Ceramah Motivasi 2 – ‘Siapakah Kita’ yang disampaikan oleh YBhg. Ust. Fahrur Rozi Jalaludin

05092009412050920094080509200940705092009417

Program yang julung kali dianjurkan untuk remaja ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan ia dapat sempurnakan dengan jayanya. Insya’Allah, dengan sambutan yang begitu rupa, pihak surau akan mempertimbangkan untuk mengadakan majlis yang seumpamanya pada masa-masa akan datang tidak terbatas pada bulan Ramadhan sahaja.

Disamping itu, pihak Surau Al-Ittihaad ingin merakamkan jazakkallahhu khairan kathira kepada semua mereka yang terlibat, khususnya kepada YBhg. Dato Sheikh Mustafa Sheikh Ahmad yang sudi menyediakan juadah makanan berbuka, more dan sahur. Juga tidak lupa kepada semua petugas-petugas yang lain samada telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program tersebut.

 
Leave a comment

Posted by on 7 September 2009 in AKTIVITI SURAU, Sep 09

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: