RSS

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM QURAN

17 Sep

Tarikh : 16 Sep 2009M – Rabu bersamaan pada 26 Ramadhan 1430H

AlhamdullilLah dengan izin dan kurniaNya, Surau Al-Ittihaad telah berjaya menyempurnakan majlis tersebut dengan jayanya walaupun dalam keadaan yang begitu sederhana. Penghargaan dan ucapan terima kasih harus diberikan kepada Tn. Hj. Hamdan Mohd dari TTS3 kerana telah memberi laluan kepada bagi pihak surau untuk berkongsi bersama-sama dalam menjayakan majlis tersebut dimana beliau adalah merupakan penaja untuk Majlis Berbuka Puasa dan More.

Agenda pada malam tersebut ialah :

1.    Berbuka puasa
2.    Solat Maghrib
3.    Jamuan makan
4.    Solat Isya’
5.    Tahlil dan doa selamat
6.    Solat Tarawikh dan Witir
7.    Khatam Quran
8.    Ucapan Pengerusi Surau Al-Ittihaad
9.    Penyampaian cenderahati
10.  Jamuan more

Sebelum majlis berakhir, Pengerusi telah berucap dan menyatakan penghargaannya beliau kepada seluruh warga petugas surau samada mereka-mereka yang bertugas di dapur, barisan Imam dan Bilal serta juga ahli-ahli Tadarus. Seterusnya, sebagai tanda terima kasih dan penghargaai, pihak surau telah menyediakan cenderahati dan telah disampaikan oleh Tn. Hj. Hamdan Mohd kepada mereka-mereka yang dimaksudkan.

 
Leave a comment

Posted by on 17 September 2009 in AKTIVITI SURAU, Sep 09

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: