RSS

MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM TTS DAN SEKITARNYA

28 Sep

Tarikh : 17 Sep 2009M – Khamis bersamaan pada 27 Ramadhan 1430H

AlhamdullilLah buat julung kalinya, surau ini telah dapat menyempurnakan majlis tersebut dengan sederhana tetapi penuh bermakna. Sejumlah 34 anak-anak yatim TTS dan sekitarnya telah diraikan pada malam tersebut. Dimaklumkan oleh Tn. Hj. Jahidi (AJK Masjid Raja Musa – Pekan Semenyih) bahawa Surau Al-Ittihaad adalah merupakan surau yang pertama diantara surau-surau dibawah naungan Masjid Raja Musa yang dapat mengadakan majlis seumpama ini yang pada kebiasaannya dianjur dan dijalankan oleh pihak masjid.

Walaupun tidak dirancang terlebih awal serta tidak termasuk dalam agenda surau sepanjang bulan Ramadhan ini, namun dengan kegigihan dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat dengan secara ‘ad-hoc’, majlis tersebut masih dapat berjalan dengan tersusun dan teratur. Ucapan terima kasih seharusnya diberikan kepada Tn. Hj. Hanif Ahmad (penganjur majlis berbuka puasa dan more), Tn. Hj. Mohd Hisma Hashim (Bendahari Surau), Ustaz Amzan Satiman dan lain-lain AJK kerana telah memberi komitmen yang sebaiknya sepanjang majlis tersebut dijalankan.

Agenda pada malam tersebut ialah :

1.    Berbuka puasa
2.    Solat Maghrib
3.    Jamuan makan
4.    Solat Isya’
5.    Solat Tarawikh dan Witir
6.    Ucapan Pengerusi Surau Al-Ittihaad
7.    Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang diraikan
8.   Jamuan more

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sheikh Mustafa Sheikh Ahmad (AJK Biro Keceriaan dan Kebajikan).

 
Leave a comment

Posted by on 28 September 2009 in AKTIVITI SURAU, Sep 09

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: