RSS

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH KAFA INTEGRASI AL-ITTIHAAD

23 Nov

Tarikh : 22 Nov 2009M-Ahad bersamaan pada 05 Zulhijjah 1430H

Bagi julung kalinya, Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad telah berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal bagi murid-murid yang belajar pada 2009. Walaupun pertama kali diadakan, majlis tersebut telah dapat berjalan dengan licin dan teratur sepertimana yang dirancangkan oleh AJK Protem sekolah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Fuad Embi iaitu Bendahari Kehormat Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih bagi mewakili Pengerusinya yang tidak dapat hadir pada hari tersebut.

Selaku Pengarah Program, Tn. Hj. Sulaiman Kamari telah dapat mengurus keseluruhan perjalanan program yang diatur yang bermula dari 8.30 pagi hingga jam 11.30 pagi.  Bagi En. Zamzuri Yunus, walaupun baru pertama kali berpengelaman sebagai Pengacara Majlis tapi masih mampu mengendalikan acara-acara yang disediakan dengan baik sekali.

Pengerusi AJK Protem iaitu Tn. Hj. Samsudin Taramuji pula telah mengambil kesempatan ini untuk menerangkan perancangan pembangunan jangka pendek dan panjang untuk sekolah tersebut. Secara ringkasnya, ia merangkumi 3 Fasa; Fasa 1 (2008-2009) – Menyewa bangunan kediaman sebagai sekolah, Fasa 2 (2010-2011) – Membina bangunan sekolah sementara di perkarangan Surau Al-Ittihaad untuk diguna pakai mulai 2010-2011, Fasa 3 (mulai tahun 2012) – Membina bangunan sekolah tetap dalam kawasan Taman Tasik Semenyih yang telah dikenal pasti. Kini, sekolah ini telah masuk ke Fasa 2.

YBhg. Dato’ Ahmad Fuad Embi telah menyentuh beberapa isu penting dikalangan penduduk dan diantaranya ialah isu  kesatuan ummah. Beliau menegaskan, tanpa kesatuan ummah apa-apa yang dirancang dan dicita tidak akan terlaksana lebih-lebih lagi dalam perancangan untuk menyediakan prasarana sekolah sepertimana yang dicadangkan.

Diakhir program, hadiah-hadiah telah disampaikan kepada murid-murid yang cemerlang dalam pengajian mereka masing-masing. Perlu dimaklumkan iaitu sebagai sebuah sekolah yang baru, ia telah berjaya melahirkan beberapa  murid yang mampu memperolehi markah cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi 2009 . Mereka ialah :

1.  Nur Muhaimin Adib bin Nurhafizidi – 7A 1B
2.  Muhammad Akmal Anas bin Alian – 5A 1B 2C
3.  Effa Nabillah bt Masrom – 51A 1B 2C
4.  Muhammad Nur Hafaiz bin Mokhairi – 4A 4B
5.  Farezat bin Tazari – 4A 3B 1C
6.  Muhammad Akmal Afiq bin Alias – 4A 2B 2C

Bagi murid-murid yang berjaya dan ustazah-ustazah yang mendidik diucapkan SYABAS !

 
Leave a comment

Posted by on 23 November 2009 in AKTIVITI SURAU, Nov 09

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: