RSS

SAMBUTAN E’IDUL ADHA DAN MAJLIS QURBAN

07 Dec

Tarikh : 26-27 Nov 2009M-Khamis-Jumaat bersamaan pada 09-10 Zulhijjah 1430H

Sambutan Hari Raya E’idul Adha bagi tahun 1430H/2009M dibuat dengan agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Program yang telah disusun adalah seperti berikut :

AGENDA MALAM HARI RAYA E’IDUL ADHA PADA 26 NOV 09-KHAMIS

19.01 mlm       – Solat Maghrib
19.30 mlm       – Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil
20.14 mlm       – Solat Isya’
20.45 mlm       – Takbir Hari Raya
21.45 mlm       – Jamuan Ringan

Diringkaskan maklumat pada malam tersebut, ramai jemaah (muslimin/muslimin) samada orang dewasa mahupun kanak-kanak telah dapat meluangkan masa mereka untuk bersama-sama memeriah dan membesarkan malam itu dengan laungan-laungan takbir yang berterusan sehingga selama satu jam. Sebagai penutup acara, satu majlis jamuan ringan telah disediakan oleh pihak surau dengan kerjasama jemaah sendiri yang sudi membawa buah tangan masing-masing dari rumah.

AGENDA HARI RAYA E’IDUL ADHA PADA 27 NOV 09-JUMAAT

07.00 pagi       – Takbir Hari Raya E’idul Adha
07.30 pagi       – Solat Sunat E’idul Adha (Imam-Hj. Mohd Shukri Ahmad, Bilal-Sdr. Shahbuddin Mohd Zain)
09.00 pagi       – Ibadah Qurban (Sejumlah 3 ekor lembu)
12.00 tgh         – Rehat
13.00 tgh         – Solat Jumaat
15.00 ptg         – Sambung Ibadah Qurban dan Masak ‘Sup Tulang Qurban’
19.01 mlm       – Solat Maghrib
19.30 mlm       – Kuliah Maghrib Khas Sempena Hari Raya E’idul Adha
20.30 mlm       – Solat Isya’
21.00 mlm       – Jamuan ‘Sup Tulang Qurban’

Keseluruhan sambutan hari raya E’idul Adha pada tahun ini telah diatur dengan begitu rupa supaya jemaah TTS dapat memahami dan menghayati erti sebenar apa itu Hari Raya Qurban.  Apa yang lebih penting ialah inti pati falsafah serta hikmah yang sepatutnya diperolehi dari penghayatan tersebut dan bukan sekadar pengisian solat sunat ‘Eidul Adha, khutbah dan majlis penyembelihan haiwan qurban sahaja.’

Atas sebab itu, pihak surau telah menganjurkan satu Majlis Ceramah Khas Sambutan Hari Raya E’idul Adha dengan menjemput Ustaz Muhammad Khidzrul Hafiz Hussin iaitu seorang Pendidik JQAF dari Perlis untuk menyampaikan ceramah beliau pada majlis tersebut.

Sebagai penutup majlis, surau juga telah menyediakan jamuan ‘Sup Tulang Qurban’ untuk semua jemaah. Allahuakbar !!

 
Leave a comment

Posted by on 7 December 2009 in AKTIVITI SURAU, Nov 09

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: