RSS

BANGUNAN BARU SEKOLAH KAFA (INTEGRASI) AL-ITTIHAAD

11 Jan

Tarikh : 10 Jan 2010M – Ahad bersamaan 24 Muharram 1431H

AlhamdullilLah, akhirnya bangunan Sekolah KAFA (Intergrasi) Al-Ittihaad telah siap dibina pada 8 Jan 2010 bersamaan 22 Muharram 1431 dengan anggaran kos sejumlah RM 31,000. Walaupun menghadapi pelbagai masalah terutamanya disegi kewangan, namun masalah tersebut dapat ditangani dengan penuh hemat oleh Bendahari Surau Al-Ittihaad iaitu Hj. Mohd Hisma Hashim disamping mendapat sokongan dan dokongan PROTEM AJK Sekolah KAFA (Integrasi), jemaah setempat dan juga para dermawan yang telah bermurah hati menghulurkan bantuan kewangan.

Idea dan rekabentuknya telah dilakar oleh En. Isman Hj. AB Karim (jemaah TTS) dan manakala Hj. Shukri Ahmad (Imam Surau Al-Ittihaad) dilantik sebagai Pengurus Projek. Bangunan tersebut dibina dalam kawasan Surau Al-Ittihaad dengan keluasan 40′ x 80′. Ia mempunyai dua buah bangunan; sebuah untuk 3 x buah kelas  dan sebuah lagi untuk bilik guru (keluasan 10′ x 10′). Bangunan sekolah tersebut dibina berkonsepkan binaan kabin dengan keseluruhan keluasan binaannya ialah 20′ x 60′. Setiap bilik darjah telah dipasang dengan 3 x kipas siling (pusing 360′), 2 x lampu floresen panjang serta 2-3 buah tingkap louvers.

Pada 11 Jan 2010-Isnin, dengan rasminya bangunan sekolah ini telah digunakan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru yang sebelum ini menumpang buat sementara di dalam Surau Al-Ittihaad sejak 4 Jan 2010.

Dikesempatan ini, PROTEM AJK Sekolah KAFA (Integrasi) Al-Ittihaad ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha untuk merealisasikan cadangan yang dibuat pada pertengahan tahun 2009.

Sila klik URL di bawah ini untuk melihat gambar-gambar Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad :

http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/sets/72157624124182844/show

 
1 Comment

Posted by on 11 January 2010 in 2010-Jan, AKTIVITI SURAU

 

One response to “BANGUNAN BARU SEKOLAH KAFA (INTEGRASI) AL-ITTIHAAD

  1. abul faruq

    18 February 2010 at 08:40

    as`kum…

    klu blh masukan gambar bangunan baru tu… mesti kemas dan cantik…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: