RSS

GOTONG-ROYONG MEMBERSIH SURAU DAN SEKOLAH KAFA INTEGRASI AL-ITTIHAAD, TAMAN TASIK SEMENYIH

13 Jan

Tarikh : 10 Jan 2010M – Ahad bersamaan 24 Muharram 1431H

AJK Surau Al-Ittihaad serta kumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah bersama-sama hadir untuk bergotong-royong membersihkan kawasan luar dan dalam surau serta Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad.

Kehadiran seramai 22 orang pelajar perempuan tersebut telah disambut oleh Ketua Projek Gotong-Royong iaitu Tn. Hj. Sulaiman Kamari. Mereka ini telah diberi taklimat tentang skop gotong-royong yang akan dijalankan. Kedatangan pelajar-pelajar ini amat bertepatan pada tarikh dan masa kerana Sekolah KAFA ini sebenarnya baru sahaja siap dibina dan telah dibuka untuk pembelajaran mulai sessi Jan 2010.  Gotong-royong tersebut bermula dari jam 08.30 pagi-12.30 tgh dan diselangkan jamuan yang seadanya untuk semua yang hadir.

Pelajar-pelajar KUIS ini hadir atas kapasiti ‘Program Khidmat Kemasyarakatan’ anjuran Usrah  Ijazah Sarjana Muda KUIS yang diketuai oleh Naqibah mereka iaitu Cik Nuratiqah Hj Shukri dan Cik Khalimatus Sa’adiah Mohamad. Pihak surau dan Sekolah KAFA merakamkan jazakkalLahhu khairan kathira kepada kumpulan usrah ini kerana telah memilih Taman Tasik Semenyih sebagai destinasi program mereka. Disamping bergotong-royong, mereka juga telah menyampaikan cenderahati kepada pihak Sekolah KAFA.

Sebagai mengenang jasa pelajar-pelajar KUIS yang terlibat, pihak surau ingin mengukir nama-nama mereka di dalam blog Surau Al-Ittihaad untuk diabdikan sebagai sejarah. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah :

1.  Cik Nuratiqah Hj. Shukri
2. Cik Khalimatus Sa’adiah Mohamad
3. Cik Fatimah Azzahra Ab Razak
4. Cik Norizzatie Kassim
5. Cik Siti Summaiyah Ahmad Termizi
6. Cik Nur Danerah Ismail
7. Cik Siti Nurul Aiman Mohd Satan
8. Cik Hazirah Zulkifli
9. Cik Mardhiyah Suberi
10. Cik Siti Athirah Ayob
11. Cik Shahiza Shaharuddin
12. Cik Najhan Farhin Idris
13. Cik Nor Eidura Yunus
14. Cik Nurul Afuza Zamri
15. Cik Zakiah Abdul Rahman
16. Cik Munira Sirajudin
17. Cik Nur Adibah Balqis Othman
18. Cik Nur Fara Ibtisam Sirun
19. Cik Nur Sakinah Hamdan
20. Cik Nurul Al-Kariah Mat Lela
21. Cik Asma’ Zulkifli
22. Cik Nurshuhaida Ab Razak

 
5 Comments

Posted by on 13 January 2010 in 2010-Jan, AKTIVITI SURAU

 

5 responses to “GOTONG-ROYONG MEMBERSIH SURAU DAN SEKOLAH KAFA INTEGRASI AL-ITTIHAAD, TAMAN TASIK SEMENYIH

  1. abul faruq

    18 February 2010 at 08:33

    semakin aktif surau ittihad ni… segala usaha yg baik pasti akan dibalas oleh-NYA di akhirat nanti… amin!

     
    • ttsittihad

      26 March 2010 at 18:06

      Terima kasih atas sokongan moral.

       
  2. nur

    22 April 2010 at 03:19

    alhamdulillah..walaupun dah berbulan berlalu.tp msh segar dlm ingtan program gotong royong yg d jalnkn. terima kasih untuk pihk surau jga krn sudi menerima progrm n kdtgn kami.

     
    • ttsittihad

      22 April 2010 at 09:30

      Salam,

      Kalau Sdri Nur ada gambar-gambar waktu gotong-royong, harap dapat hantar ke hjdeen@yahoo.com untuk kami muatkan ke dalam berita tersebut. Maaf, saya tidak ada gambar dalam simpanan sebab masa tu saya menghantar anak saya masuk asrama di MATRI Beseri, Perlis.

      Wassallam.

       
  3. nur

    14 May 2010 at 21:00

    salam..
    insyaAllah…sy & rakan2 yg lain ade simpan gmbr2 masa gotong-royong.nnti sy akn hantarkn.terima kasih.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: