RSS

MESYUARAT KHAS PENCALONAN AJK SURAU AL-ITTIHAAD BAGI SESI 2010-2013

06 Apr

Tarikh : 25 Mac 2010 – Khamis bersamaan 9 Rabi’ulakhir 1431

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Surau Al-Ittihaad, Taman Tasik Semenyih pada 25 Mac 2010 – Khamis selepas solat Isya’. Masjid Raja Musa, Pekan Semenyih telah menghantar wakil mereka iaitu Tn. Hj. Jaafar (Timbalan Nazir) dan YBhg Ust. Suhaimi (Juru Nikah) untuk mempengerusi dan menguruskan mesyuarat.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memilih calon AJK Surau Al-Ittihaad yang baru untuk sesi 2010-2013 dan berkuatkuasa mulai 01 Jun 2010 apabila telah mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
1.  Bacaan Al-Fatihah dan Doa Selamat
2.  Ucapan Pengerusi Mesyuarat
3.  Sesi pencalonan
4.  Penangguhan mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan teratur dan keputusan pencalonan adalah seperti disenaraikan di bawah ini :

SENARAI PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU NEGERI SELANGOR BAGI TEMPOH 1 JUN 2010 HINGGA 31 MEI 2013
NO NAMA PENUH JAWATAN
1 Hj Samsudin bin Taramuji PENGERUSI
2 Hj Iskandar bin Mohd Nasir IMAM
3 Ahmad Sazali bin Puteh Salin BILAL
4 Ahmad Wasfi bin Kadri SIAK
5 En. Zamzuri bin Yunus SETIAUSAHA
6 Hj Md Hisma bin Hashim BENDAHARI
7 En. Izuddin bin Zainol Akmar WAKIL PEMUDA
8 Pn. Nor’aini bt Jamin WAKIL WANITA
9 Pn. Sabariah bt Abu BILAL JENAZAH PEREMPUAN
10 Pn. Zanariah bt Johari AJK
11 En. Shahabuddin bin Mohd Zain AJK
12 Hj Sulaiman bin Hj Kamari AJK
13 Hj Abu Samah bin Osman AJK
14 En. Kamaruddin bin Atan AJK
15 En. Rizal bin Hj Uzir AJK
16 En. Abd Rahman bin mohd Ali AJK
17 En. Ismail bin Rahmat PEMERIKSA KIRA-KIRA I
18 En. Mat Zulkhafli bin Mat Jahari PEMERIKSA KIRA-KIRA II
 
Leave a comment

Posted by on 6 April 2010 in 2010-Mac, BERITA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: