RSS

MAJLIS SILATULRAHIM ANJURAN MUSLIMAT GABUNGAN TAMAN TASIK SEMENYIH

10 May

Tarikh : 09 Mei 2010 – Ahad bersamaan 24 Jamadilawal 1431

Pertama kali dalam sejarah, gabungan Muslimat Surau Al-Ittihaad dan Surau An-Nasr Taman Tasik Semenyih telah menganjurkan Majlis Silatulrahim dengan tujuan untuk :

1.  Meraikan hari istimewa bagi mereka yang bergelar IBU dan
2. Menyediakan satu wadah perhimpunan bagi semua muslimat di Taman Tasik Semenyih supaya semangat ukhwah dan silatulrahim dapat diperkasa dan dipereratkan lagi.

Program tersebut telah berjaya mengumpulkan lebih 120 muslimat. Aturcara telah bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir sebelum jam 12.00 tengahari.  Diantara aturacara yang dimuatkan ialah :

1.  Bacaan puisi oleh murid Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad
2. Ceramah bertajuk ‘Ibu Mithali – Pengertiannya Dari Sudut Islam’ yang disampaikan oleh Ustazah Rabiatun Niza Che Ramly
3.  Cabutan bertuah
4.  Jamuan

Rata-rata kaum muslimat yang terlibat amat berpuas hati dan menunjukkan rasa syukur kerana program tersebut telah berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.

Apa yang lebih menarik, semua makanan yang disediakan adalah dengan cara ‘pot luck’ dan sukarela. Dengan kejayaan ini, Pengerusi Perlaksana Program yang diketuai bersama Pn. Nor’azilah Jonit (Surau An-Nasr) dan Pn. Hjh. Noraini Jamin (Surau Al-Ittihaad) bercadang untuk merancang program-program seumpama ini agar semangat kejiranan dapat sentiasa dipupuk dan disemai dengan lebih berjaya lagi.

 
Leave a comment

Posted by on 10 May 2010 in 2010-Mei, BERITA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: