RSS

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH – PERINGKAT ASAS

24 May

Tarikh : 23 Mei 2010 – Ahad bersamaan 09 Jamadilakhir 1431

Untuk julung kalinya, Masjid Raja Muda Musa, Semenyih telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah (asas) pada 23 Mei 2010 – Ahad bermula dari jam 9.00 pagi – 12.30 tengahari. Kehadiran kursus tersebut telah mendapat sambutan diluar jangkaan memandangkan lebih 150 peserta telah mengikuti kursus tersebut yang mana pihak penganjur hanya mensasarkan seramai 50 peserta sahaja.

Bagi anak kariah Surau Al-Ittihaad, seramai 9 orang ahli jemaah telah mengambil manfaat dari kursus ini. Mereka ialah :

1.  Hj. Samsudin bin Taramuji – TTS 4
2.  Hj.  Abu Samah bin Othman – TTS 3
3.  Sdr. Ahmad Sazali bin Putih Salin – TTS 2
4.  Sdr. Shabudin bin Mohd Zain – TTS 6
5.  Hjh. Siti Mariam bt Mad Aripin – TTS 3
6.  Hjh. Sabariah bt Abu – TTS 4
7.  Hjh. Kayah bt Abd Hamid – TTS 3
8.  Hjh. Selmah Bt Mohd Salleh – TTS 4
9.  Pn. Zanariah bt Johari – TTS 4

Semoga dengan kehadiran mereka ini, diharapkan di masa hadapan nanti ia akan dapat sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah pengurusan jenazah pada peringkat awal (persiapan asas jenazah di rumah) sebelum ianya diserahkan tugas kepada pihak Masjid Raja Muda Musa, Semenyih.

Dikesempatan ini, pihak Surau Al-Ittihaad ingin merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada AJK Masjid Raja Muda Musa, Semenyih atas usaha yang telah dilakukan. Semoga Allah memberkati usaha mereka.

 
Leave a comment

Posted by on 24 May 2010 in 2010-Mei, BERITA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: