RSS

MESYUARAT AJK SURAU PERTAMA – TAHUN 2010

12 Jul

Tarikh : 17 Jun 2010 bersamaan 4 Rejab 1431

Mesyuarat sulung AJK 2010-2013 telah diadakan pada 17 Jun 2010, Khamis bermula pada jam 9.30 malam bertempat di Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad. Kesemua AJK yang telah diperkenan oleh pihak JAIS telah hadir kecuali En. Ismail Rahmat, En. Rizal Mohd Uzir dan En. Ahamad Sazali Putih Salin atas sebab-sebab yang telah dimaklumkan.

Tujuan utama mesyuarat tersebut adalah untuk :
1.  Memaklumkan beberapa perkara terutamanya tentang status Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad, kedudukan kewangan surau dan cadangan untuk mengadakan Mesyuarat Agong Surau Al-Ittihaad bagi tahun 2010.

2.    Perlantikan AJK untuk menjawat Biro-Biro yang diwujudkan bagi mentadbir surau bagi tahun 2010-2013 adalah seperti tercatit di bawah berikut :

AJK BIRO BAGI SESI 2010-2013

NAMA BIRO KETUA PEN. KETUA
1. Biro Ekonomi dan Pembangunan En. Kamaruddin Atan Hj. Abu Samah Osman
2. Biro Pendidikan dan Dakwah Hj. Sulaiman Hj. Kamari Hj. Iskhandar Mohd Nasir
3. Biro Kebajikan, Riadah & Jaringan Kemasyarakatan En. Rizal Hj. Uzir En. Ahmad Wasfi Abd Kadir
4. Biro Nahi Mungkar dan Keselamatan En. Abd Rahman Mohd Ali En. Ahmad Sazali Putih Salin
5. Biro Harta Benda dan Lanskap En. Shahbudin Hj Mohd Zain En. Mat Zulkahfli Mat Jahari

Kesemua AJK Biro yang dilantik diperlukan untuk membentangkan segala idea dan perancangan di mesyuarat akan datang yang bakal diadakan pada 15 Jul 2010 – Khamis pada masa dan tempat yang sama, agar satu perlarasan dan seterusnya merangkakan satu jadual aktiviti jangka pendek dan panjang yang terancang dapat disediakan.

 
Leave a comment

Posted by on 12 July 2010 in 2010-Jun

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: