RSS

MESYUARAT KEDUA AJK SURAU AL-ITTIHAAD

19 Jul

Tarikh : 15 Jul 2010 bersamaan 3 Sya’aban 1431

Mesyuarat AJK Kedua telah diadakan pada 15 Jul 2010, Khamis bermula pada jam 9.30 malam bertempat di Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad. Kesemua AJK telah hadir kecuali En. Mat Zulkahfli Mat Jahari kerana beliau menghadiri kuliah malam di UIA, Gombak.

Sepertimana yang dimaklumkan pada mesyuarat yang lepas, setiap AJK Biro yang dilantik perlu membentangkan perancangan aktiviti biro, tujuan aktiviti, cadangan tarikh dan anggaran perbelanjaan yang diperlukan. Ini bagi membolehkan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari untuk menyelaraskan semua perancangan yang dicadangkan.

Semua AJK Biro telah membentangkan perancangan biro masing-masing serta telah mendapat maklum balas dan pandangan dari semua AJK yang hadir. Semua senarai cadangan aktiviti  biro perlu disampaikan kepada Setiausaha selewat-lewatnya pada 26 Jul 2010 untuk penyelarasan terakhir bagi persediaan pembentangan pada Mesyuarat Agong Surau Al-Ittihaad yang bakal diadakan selepas Hari Raya E’idul Fitri.

Diakhir mesyuarat tersebut, Pengerusi memaklumkan bahawa satu lagi Mesyuarat AJK perlu diadakan bagi membincangkan khusus untuk persiapan dan persediaan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan dan Hari Raya E’idul Fitri. Tarikh yang dicadangkan ialah pada 5 Ogos 2010.

 
Leave a comment

Posted by on 19 July 2010 in 2010-Jul, BERITA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: