RSS

GOTONG-ROYONG BERSAMA PELAJAR MSU

09 Aug

Tarikh : 8 Ogos 2010 bersamaan 27 Sya’aban 1431

AJK Surau Al-Ittihaad telah berganding bahu bersama-sama dengan 15 orang pelajar Management Science University (MSU) menjalankan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan dalam dan luar surau. Program telah dijalankan pada 8 Ogos 2010-Ahad dan bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 tgh. Gotong-royong ini merupakan sebahagian dari persiapan surau untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Keseluruhan program ini telah diselaraskan oleh Sdr. Izuddin Zainal Akmar iaitu AJK Pemuda Surau Al-Ittihaad disamping beliau juga merupakan pelajar MSU yang turut serta dalam aktiviti ini.  Program in telah mencapai matlamat sepertimana yang dirancangkan oleh AJK surau, diantaranya :

1.  Membersih luar dan dalam surau
2.  Mengemas bahagian dapur
3.  Baik pulih base pagar pintu masuk surau
4.  Mendirikan khemah tambahan
5.  Memasang papan tanda surau di jalan besar Semenyih-Broga

Seluruh warga Surau Al-Ittihaad ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pelajar-pelajar MSU yang telah bersusah-payah dan bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini. Kami mendoakan agar pelajar-pelajar ini akan berterusan mengamalkan sikap mulia ini disamping segala usaha mereka ini akan mendapat ganjaran yang sewajarnya dari ALLAH. Amin …..

 
1 Comment

Posted by on 9 August 2010 in 2010-Ogos, BERITA

 

One response to “GOTONG-ROYONG BERSAMA PELAJAR MSU

  1. shazarulhazlina

    9 August 2010 at 19:27

    wah…semakin aktif surau TTS nih… semoga ia menjadi pusat pentarbiahan yg hebat suatu masa nanti

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: