RSS

KONVENSYEN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU ANJURAN JAIS

09 Aug

Tarikh : 3 Ogos 2010 bersamaan 22 Sya’aban 1431

Konvensyen yang bertemakan ‘Mengimarahkan Masjid/Surau’ telah diadakan di Masjid Sultan Sallehuddin (Masjid Negeri Selangor), Shah Alam, pada 3 Ogos 2010-Selasa mulai jam 9.00 pagi-1230 tgh. Semua Nazir masjid/Pengerusi dalam Negeri Selangor telah dijemput. Pengerusi Surau Al-Ittihaad, Hj. Samsudin Taramuji telah hadir bagi mewakili surau. Aturcara program konvensyen tersebut adalah seperti berikut :

1.  Ucaptama bertajuk ‘Kecemerlangan Ummah Bermula Dari Masjid’ yang disampaikan oleh Ahli Mesyuarat Negeri Selangor, Yg. Berhormat Dato’ Hassan Mohammad Ali
2. Pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Meningkatkan  Penglibatan Belia dan Remaja Dalam Masjid’ oleh wakil Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati Ulu Klang
3.  Ucapan Aluan oleh Sahibus Sahabah Pengarah JAIS, Dato’ Hj. Mohammed Khusrin Hj. Munawi
4.  Perasmian dan penutupan majlis oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim

Diakhir majlis tersebut, YAB Menteri Besar Selangor telah menyampaikan bantuan moreh bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 1431H/2010M kepada wakil-wakil masjid dan surau.

 
Leave a comment

Posted by on 9 August 2010 in 2010-Ogos

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: