RSS

MAJLIS KHATAM QURAN RAMADHAN 1431H/2010M

07 Sep

Tarikh : 06 Sep 2010 bersamaan 28 Ramadhan 1431

Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Solat Surau Al-Ittihaad pada 6 Sep 2010 bersamaan hari Isnin setelah selesai solat Tarawih dan Witir. Kehadiran para jemaah Muslimin dan Muslimat serta kanak-kanak amat memberangsangkan dan dijangka melebihi 120 orang jemaah. Buat julung kalinya, majlis ini juga meraikan Tim Tadarus Muslimat yang lebih awal telah khatam bacaan Quran mereka.

Aturcara majlis yang telah disusun adalah seperti berikut :

1. Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis Khatam Quran, En. Zamzuri Yunus
2. Doa selamat Majlis Khatam Quran disampaikan oleh Hj. Mohd Shukri Ahmad
3. Majlis Khatam Quran dibimbing oleh Hj. Mohd Shukri Ahmad dan Hj. Iskhandar Mohd Nasir
4. Ucapan Pengerusi Surau Al-Ittihaad, Hj. Samsudin Taramuji
5. Majlis penyampaian cenderahati oleh YBhg. Dato’ Ahmad Fuad Embi, Pengerusi Persatuan Penduduk TTS
6.  Penutup dan majlis jamuan ringan/moreh

Seperti tahun lepas, semua para ahli Tadarus lelaki serta jemaah yang hadir telah membaca Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga An-Nas.  Setelah selesai doa Khatam Quran, YBhg. Dato’ Ahmad Fuad Embi telah dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada ahli Tadarus serta warga kerja surau yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga di sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Cenderahati yang disampaikan itu telah dikategorikan kepada :

1. Imam Tarawih :

1.1  Tn. Hj. Mohd Shukri Ahmad
1.2  Tn. Hj. Iskhandar Mohd Nasir
1.3  Tn. Hj. Samsudin Taramuji

2. Imam Tarawih Jemputan :

2.1  Ust. Mohd Hamim Semaon
2.2  Ust. Mohd Azrin Samsudin
2.3  Ust. Mohd Khidzrul Hafiz Hussin

3. Bilal Tarawih :

3.1  En. Shahbuddin Mohd Zain
3.2  En. Zulrushdi Abdullah
3.3  Hj. Sulaiman Kamari
3.4  En. Dudu Badaruddin

4. Petugas Dapur :

4.1  En. Abd Rahman Mohd Ali
4.2  En. Waris Rashid
4.3  En. Farouk Rashid
4.4  En. Ahmad Wasfi Kadri
4.5  En. Izuddin Zainol Akmar
4.6  Hj. Mohd Suhaimi Alwi
4.7  En. Sobri Mohd Saman
4.8  En. Wafi Ismail

5. Ahli Tadarus Muslimin :

5.1  Hj. Abu Samah Othman
5.2  En. Ahmad Sazali Putih Salim
5.3  En. Rashid
5.4  Adik  Badiozaman Iskhandar
5.5  Adik  Badrul Rahman Iskhandar
5.6  Adik  Ziyat Ridha Iskhandar
5.7  Adik Ye Iskhandar
5.8  Adik Shafik Ahmad Wasfi
5.9  Adik Mohd Ameerul Firdhaus Samsudin

Setelah selesai penyampaian cenderahati, semua jemaah telah dijemput untuk berjamu moreh yang telah disediakan oleh pihak Muslimat. Apa yang dapat dilihat dan diperhatikan ialah bahawa masing-masing khususnya para petugas dan ahli tadarus menyatakan kepuasan serta terima kasih ke atas perhatian dan perhargaan yang diberi walaupun dari segi nilainya tidak begitu setimpal. Apa yang penting ….. nilai disisi ALLAH.

Sila klik URL di bawah ini untuk melihat gambar-gambar yang disediakan :

http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/sets/72157624972801052/show

 
Leave a comment

Posted by on 7 September 2010 in 2010-Sep, BERITA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: