RSS

SOLAT SUNAT E’IDULFITRI DI PAGI 01 SYAWAL 1431H

15 Sep

Tarikh : 10 Sep 2010 bersamaan 01 Syawal 1431

Sekali lagi Surau Al-Ittihaad telah bergema dengan takbir raya E’idulfitri di pagi 01 Syawal seawal jam 7.30 pagi. Setiap sudut ruang solat surau telah mula dipenuhi oleh para jemaah Muslimin, Muslimat serta juga kanak-kanak. Dianggarkan sejumlah 300 jemaah telah hadir untuk solat tersebut.

Sebelum solat sunat E’idulfitri bermula pada jam 8.15 pagi, sebagai isyarat kemenangan serta mengAgongkan kebesaran ALLAh, jemaah tidak henti-henti dan bersilih ganti untuk bertakbir Raya E’idulfitri yang dialun dengan sungguh syahdu dan merdu.  Tepat jam 8.15 pagi, Tn. Hj. Samsudin Taramuji selaku Pengerusi surau telah memberi ucapan aluan ringkas mengambil  kesempatan E’idulfitri Al-Mubarak ini.

Susulan daripada itu, Tn. Hj. Iskhandar Mohd Nasir selaku imam solat tersebut telah mengambil kira-kira 5 minit untuk menerangkan kaifiat dan seterusnya mengimamkan solat.

Setelah selesai solat sunat E’idulfitri, bilal yang bertugas iaitu En. Dudu Badaruddin telah berselawat untuk menjemput Khatib Jemputan, Ust. Mohd Khidzrul Hafiz Mohd Hussin untuk menyampaikan khutbahnya. Penyampaiannya yang begitu terang, jelas serta menusuk hati telah menyebabkan setiap jemaah terasa tersentak dan terjaga dari dibuai mimpi. Isi kandungan khutbah yang ringkas serta padat itu menyebabkan setiap jemaah yang hadir menzahirkan rasa puas hati mereka. Setelah berakhirnya khutbah, semua jemaah kemudiannya berselawat sambil bersalam-salaman mohon kemaafan antara satu sama lain.

Sebelum para jemaah mengambil haluan masing-masing, masih sempat lagi mereka menghirup secawan dua ‘teh tarik’ yang sudah tidak lekang dari bibir para jemaah yang sering hadir untuk bermoreh setelah selesai solat sunat Tarawih. JazakalLah kepada semua AJK dan juga para jemaah. AlhamdullilLah…. semuanya berjalan dengan licin dan teratur sepertimana yang dirancangkan.

Sila klik URL di bawah ini untuk melihat gambar-gambar yang disediakan :

http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/sets/72157624972801052/show

 
3 Comments

Posted by on 15 September 2010 in 2010-Sep, BERITA

 

3 responses to “SOLAT SUNAT E’IDULFITRI DI PAGI 01 SYAWAL 1431H

  1. shazarulhazlina

    15 September 2010 at 15:05

    kalau ada gambar-gambar mesti lagi best…

     
    • ttsittihad

      15 September 2010 at 15:12

      Baru nak download dari video camera… Nad x buat lagi … Insya’Allah, akan diusahakan tapi gambar x professional sebab jurugambar masih lagi amatur (Adik).

       
    • ttsittihad

      17 September 2010 at 17:18

      gambar dah upload … tapi tak banyak … maklumlah jurugambar masih amatur lagi, kalu bukan adik …. apa-apa pun nak ucapkan terima kasih kat adik atas kudratnya.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: