RSS

AHLI PARLIMEN HULU LANGAT SINGGAH UNTUK SOLAT MAGHRIB

20 Sep

Tarikh : 19 Sep 2010 bersamaan 10 Syawal 1431

Surau Al-Ittihaad telah dikejutkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli Che Mat dengan cara tiba-tiba tanpa diundang untuk berjemaah solat Maghrib. Dengan kesempatan ini, Pengerusi surau iaitu Hj. Samsudin Taramuji telah meminta YB untuk mengimamkan solat tersebut. Setelah selesai solat, beliau telah mengambil kesempatan untuk memberi ucapan ringkas yang merupakan nasihat dan ransangan kepada AJK surau yang hadir untuk terus melipat gandakan usaha mengimarahkan surau. Antara intipati nasihat beliau ialah agar AJK Surau dapat berkunjung ke rumah-rumah jemaah setempat untuk berkenalan lebih dekat lagi dengan mereka sebagai ahli kariah surau.

Setelah program ‘tangkap muat’ selesai, beliau serta para jemaah telah dijemput untuk menjamah jamuan tergempar hidangan Pa’ Rashid yang terkenal dengan ‘teh tarik’ dan me gorengnya. Sambil menjamu selera, beliau sempat beramah mesra dengan jemaah tanpa menghirau sangat protokol sebagai seorang YB. Sebelum beliau meminta diri untuk menghadiri ke program yang lain di pekan Broga, pihak surau juga menyatakan hasrat untuk menjemput beliau ke satu majlis rasmi anjuran Surau Al-Ittihaad dimasa akan datang.

Kesimpulannya, rata-rata para jemaah amat teruja dengan kemampuan beliau menjadi imam yang amat jarang-jarang sekali ditemui di kalangan Ahli Parlimen di Selangor sebelum ini. Bagi pihak surau, kami ingin merakamkan jazakalLahhu Khairan Kathira ke atas kesudian beliau untuk singgah menunaikan solat di surau ini walaupun tanpa ada undangan rasmi.

 
1 Comment

Posted by on 20 September 2010 in 2010-Sep, BERITA

 

One response to “AHLI PARLIMEN HULU LANGAT SINGGAH UNTUK SOLAT MAGHRIB

  1. shazarulhazlina

    21 September 2010 at 16:13

    surau TTs maju selangkah lagi kehadapan…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: