RSS

PARKIR KENDERAAN SURAU YANG BARU

17 Oct

Tarikh : 17 Okt 2010 bersamaan 08 Zulqaedah 1431

Dengan bantuan peruntukan dan kerjasama dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), surau kini telah mempunyai dua lot parkir bertar sepanjang 40 kaki dan 42 kai setiap satu.  Dengan adanya parkir ini, masalah kesesakan jalan besar keluar Taman Tasik Semenyih dapat diatasi terutamanya semasa bulan Ramadhan dimana jumlah kereta jemaah pada kebiasaannya akan melimpah ke jalan-jalan. Ini sedikit-sebanyak akan menganggu pengguna jalan raya yang lain.

Keseluruhan projek berkenaan telah dapat disiapkan dalam masa 2 minggu. Pembinaannya telah bermula dari 03 Okt 2010 dan siap sepenuhnya pada 14 Okt 2010.  Bagi menghargai penyempurnaan tugas tersebut, pihak surau ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam projek ini.

Untuk para jemaah Surau Al-Ittihaad, adalah dinasihatkan supaya  dapat menggunakan fasiliti yang disediakan dengan sebaik mungkin dan yang lebih penting lagi ialah supaya dapat meletakkan kereta masing-masing dengan lebih tersusun dan teratur bagi mengelakkan segala bentuk salah faham.

 
Leave a comment

Posted by on 17 October 2010 in 2010-Okt

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: