RSS

SAMBUTAN E’IDUL ADHA 1431H/2010M

18 Nov

Tarikh : 17 Nov 2010M-Rabu bersamaan pada 10 Zulhijjah 1431H

Sambutan Hari Raya E’idul Adha bagi tahun 1431H/2010M dibuat dengan agak sederhana memandangkan cuti pendek dan kebanyakkan jemaah yang bekerja tidak menyambungkan cutinya atas alasan masing-masing. Walaupun begitu, pihak surau telah cuba yang termampu untuk merangka program yang bersesuaian agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Antara agenda yang disusun adalah seperti berikut :

AGENDA HARI RAYA E’IDUL ADHA PADA 17 NOV 2010-RABU

07.00 pagi       – Takbir Hari Raya E’idul Adha
07.30 pagi       – Solat Sunat E’idul Adha (Imam-Hj. Mohd Shukri Ahmad, Bilal-Sdr. Dudu Badaruddin)
09.00 pagi       – Ibadah Qurban (Sejumlah 4 ekor lembu)
13.00 tgh         – Solat Zohor dan makan tengahari (kelolaan En. Kamarudin Atan)
15.00 ptg         – Agihan sedekah daging qurban kepada Masyarakat Orang Asli dalam kawasan Semenyih

Sebagai pengalaman pertama untuk menyampaikan daging sedekah qurban kepada Masyarakat Orang Asli yang telah dikenal pasti, rombongan surau yang terdiri dari Pengerusinya iaitu Hj. Samsudin Taramuji serta beberapa AJK yang lain diantaranya Hj. Mohd Hisma Hashim, Hj. Abu Samah Osman dan isteri, Cikgu Rizal Hj. Uzir, En. Izuddin Zainol Akmar dan En. Ahmad Wasfi Kadri.

Rombongan bertolak dari surau ke destinasi pada jam 2.30 ptg. Walaupun dekat, namun perjalanannya telah mengambil masa yang agak lama apabila rombongan telah sesat beberapa kali. Atas kesabaran ahli rombongan, akhirnya destinasi yang ingin dituju sampai pada jam 3.30 ptg. Bermula dari Kg. Orang Asli di Jalan Sg. Lalang dan seterusnya Kg. Orang Asli Jalan Sg. Kachau. Kesabaran semua ahli rombongan ini amat bertepatan dengan hikmah dan pengajaran yang diperolehi dari Hari Raya Qurban.

Majlis penyerahan sedekah daging qurban amat mudah dan ringkas. AJK juga berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa untuk bertanya khabar dengan penduduk yang terlibat. AlhamdullilLah…. semuanya selamat disempurnakan dengan jayanya. Insya’Allah, program murni ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

 

Sila klik URL di bawah ini untuk melihat gambar-gambar yang disediakan

Gambar aktiviti sembelih qurban di Surau Al-Ittihaad – http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/sets/72157625481404428/show/

Gambar aktiviti di perkampungan Orang Asli – http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/sets/72157625356346037/show/

 
Leave a comment

Posted by on 18 November 2010 in 2010-Nov, BERITA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: