RSS

APA MAKNA MAAL HIJRAH DAN TAHUN BARU BAGI SEORANG MUSLIM

07 Jan

Setiap tahun apabila bertukarnya tahun samada kalender Islam mahupun konvensional, setiap individu tidak kira gender dan peringkat umur, sudah pastinya menanamkan di hati sanubari mereka dengan azam dan cita-cita. Apabila ditanya, kebanyakkannya akan berkisar kepada keperluan duniawi. Bagi pelajar, nak skor semua A dalam apa juga kategori peperiksaan. Bagi pekerja, bagaimana mereka ingin mencapai tahap lebih tinggi dari pangkat dan pendapatan yang sedia ada.

Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya meletakkan kedua-duanya sekali iaitu duniawi dan juga ukhrawi. Keduanya itu saling berkaitan. Dunia ini adalah tempat untuk kita bercucuk tanam dan hasil akan hanya dapat dinikmati sepenuhnya di akhirat nanti. Oleh itu, untuk menambahbaikan  azam dan cita-cita, adalah amat sesuai sekali untuk kita berfikir sejenak sejauh mana kita mempersiapkan diri untuk menghadapi Sakratulmaut yang akan hadir pada bila-bila masa untuk menjemput kita ke alam barzah. Sesungguhnya ALLAH tidak akan mempercepat atau melambatkan walaupun sesaat pun akan kematian setiap insan di dunia ini.

Sebagai renungan bersama, marilah kita bermuhasabah diri kita dengan persoalan sejauh mana kita dapat melapangkan masa untuk beribadah dan bermunajat kepada ALLAH serta mempraktikan amal ma’aruf nahi mungkar  supaya kita benar-benar dapat menjadi seorang yang bertaqwa dan beriman pada tahun baru ini.

WalLahHua’Allam …..

 
Leave a comment

Posted by on 7 January 2011 in 2011-01

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: