RSS

AL-KISAH SEKOLAH KAFA INTEGRASI AL-ITTIHAAD, TAMAN TASIK SEMENYIH

20 Jan

Sejarah sekolah ini bermula sejak awal tahun 2008 lagi dimana Ustazah Rabiatun Niza Che Ramly yang kini telah pun dilantik sebagai Ketua Guru mencadangkan agar sebuah rendah agama perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan setempat. Bertitik tolak daripada sini, pada pertengahan tahun 2008 seramai 12 orang murid telah mendaftar untuk memasukki tahun 2 hingga 5 dan dewan solat Surau Al-Ittihaad telah dijadikan kelas pengajian. Pada ketika itu seramai dua tenaga pengajar mengendalikan kelas tersebut.

Selang beberapa bulan, tempat pengajiannya telah dipindahkan ke sebuah rumah teres dua tingkat dalam kawasan Taman Tasik Semenyih dengan sewaan RM200 sebulan. Di tempat baru ini, murid telah mula bertambah dari 12 ke 42 orang murid yang mana ia dipecahkan mengikut kelas tahun 1 hingga 5 serta beroperasi dua sesi, pagi dan petang. Seorang lagi tenaga pengajar telah ditambah.

Masalah urus tadbir sekolah telah mula timbul kerana sekolah tersebut beroperasi tanpa ada kelulusan dari pihak JAIS. Ini merupakan satu lagi cabaran kepada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah yang kesemuanya terdiri dari AJK Surau Al-Ittihaad itu sendiri. Halangan pertamanya ialah untuk mempastikan kelulusan perlu diperolehi dari JAIS untuk meneruskan operasinya. Tanpanya, ia akan menyulitkan banyak perkara khususnya  untuk menguruskan murid tahun 6 untuk menduduki peperiksaan UPSRA kendalian JAIS. Disamping itu, rumah yang disewa juga perlu mendapat kebenaran dari pihak Majlis Perbandaran Kajang khususnya masalah operasi sekolah dengan menggunakan premis kediaman.

Untuk mendapat kelulusan dari JAIS, ia memerlukan premis sekolah yang telah diluluskan penggunaannya dari Jabatan Kesihatan dan Bomba Kajang. Ini memberi tekanan kepada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah kerana premis yang sedia ada  memerlukan sejumlah dana untuk mengubah suai bangunan yang sedia ada bagi mematuhi spesifikasi kedua-dua jabatan yang akan memeriksa dan meluluskan penggunaan premis yang dicadangkan.

Setelah membuat pertimbangan yang wajar, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah tidak ada pilihan melainkan mencari dan menyediakan premis baru bagi tujuan tersebut. Mana nak cari dana ? Anggaran RM 30,000 perlu ada untuk mendirikan satu premis sekolah yang dianggap praktikal dan rasional. Dengan kerjasama semua pihak khususnya Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah serta juga jemaah kariah Taman Tasik Semenyih, dana yang disasarkan telah dapat dikumpulkan.

Dengan adanya kepakaran anak tempatan, Sdr. Isman yang menyediakan pelan bangunan sekolah disamping Tn. Hj. Shukri (Imam Surau Al-Ittihaad) telah ditugaskan untuk menguruskan projek tersebut. Projek pembangunan sekolah yang berkonsepkan kabin tersebut telah dapat disiapkan pada Dis 2009 dalam tempoh 1 1/2 bulan.

Dengan siapnya bangunan baru tersebut, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah telah menghantar satu kertas kerja untuk permohonan rasmi bagi mendapatkan kelulusan operasi sekolah berkenaan. AlhamdulliLah, dengan berkat kesabaran dan usaha gigih semua pihak yang terlibat, Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad telah diberikan kelulusan sementara operasi oleh JAIS melalui suratnya (48) dlm.JAI.Sel BPI 03/-5/083/01 bertarikh 04 Nov 2010. Dengan keluarnya surat berkenaan, ia sudah memadai untuk sekolah ini beroperasi secara sah sehingga pihak JAIS akan mengeluarkan surat pengesahan sepenuhnya yang mungkin akan mengambil masa dalam jangka masa 3-6 bulan yang akan datang.

 
Leave a comment

Posted by on 20 January 2011 in 2011-01, BERITA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: