RSS

TN. HJ. ZAKARIA DARUS TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH…..

26 Jun

Pada jam 6.30 petang, 22 Jun-Rabu 2011 bersamaan 20 Rejab, Pengerusi Surau telah menerima berita dari Tn. Hj. Khalili memaklumkan bahawa  salah seorang ahli jemaah iaitu Tn Hj. Zakaria Darus (No 12, Jln TTS3) telah kembali ke RahmatulLah pada umur 54 tahun. Dengan rasa masih tidak yakin dan percaya akan berita yang disampaikan, Pengerusi telah menghubungi Tn. Hj. Abu Samah untuk membuat pengesahan. “Itu berita benar…”, jawabnya dengan ringkas. Beliau dapat berita tersebut dari Hospital Glenneagles, Ampang. Tersentak hati Pengerusi  dengan rasa tidak percaya. Apa tidaknya, 3 hari sebelum beliau meninggalkan alam fana ini, Pengerusi dan lain-lain jemaah berkesempatan bersama beliau ke majlis membaca surah Yaasiin dan bertahlil di rumah En. Ahmad Ashran (jiran baru), di No 21, Jlan TTS3.

Di majlis tersebut, kami tidak nampak tanda-tanda sakit pada arwah memandangkan beliau seperti biasa adalah seorang periang dan ceria. Tapi apakan daya, itu semua adalah takdir. Umur manusia telah ditetapkan Allah tidak mempercepat atau melambatkan sesaat pun. Sampai masa, manusia akan menemui Rabbul Jalil dalam apa jua keadaan. Difahamkan beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.

Secara peribadi, Pengerusi merasakan arwah adalah seorang yang sangat pemurah. Sentiasa menghulurkan derma bukannya sedikit malah beribu ringgit. Semoga dengan sedekah tersebut, ALLAH akan memberi ganjaran yang setimpal sepertimana yang dijanjikan ALLAH.

Beliau telah meninggalkan seorang balu (Pn. Noraini) dan 5 orang anak (2 lelaki dan 3 perempuan). Ketiadaannya amat dirasai kerana beliau adalah merupakan jemaah yang sentiasa hadir ke kuliah-kuliah Maghrib dan ke majlis bacaan Yassiin dan bertahlil samada di surau mahupun di rumah jemaah yang lain. Bagi pihak AJK, kami merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Kami juga mengharapkan keluarga Allahyarham dapat menerima berita ini dengan penuh sabar dan redha. Sekelian jemaah TTS mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan para solihin. Al-Fatihah …..

 
1 Comment

Posted by on 26 June 2011 in 2011-06

 

One response to “TN. HJ. ZAKARIA DARUS TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH…..

  1. Abul Faruq

    29 June 2011 at 15:51

    Semoga Allah tempatkan allahyarham Hj.Zakaria dikalangan mereka yang bertaqwa.

    Ust.Hafiz.
    Santan, Perlis.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: