RSS

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAT

01 Jul

Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat adalah hasil cadangan dan inisiatif dari Pn. Hjh. Sabariah yang juga merupakan AJK Jenazah Wanita Surau Al-Ittihaad. Kursus ini mengambil masa selama dua hari bermula 25-26 Jun 2011. Ianya dijalankan di Surau Al-Ittihaad, Taman Tasik Semenyih. Seramai 15 orang muslimat telah hadir untuk kursus tersebut.

Kursus tersebut dikendalikan oleh Ustazah Arbakyah Asmoni dari Urus Enterprise. Beliau adalah seorang pengendali jenazah wanita yang berpengelaman luas dalam bidang ini. Beliau telah berkhidmat lebih dua puluh tahun membuat tugasan ini di Hospital Kajang sehingga beliau bersara. Sebagai tunggak utama kepada Syarikat Urus Enterprise, beliau telah berjaya membawa syarikat ini menjadi sebuah syarikat pengurusan jenazah ‘sehenti’. Syarikatnya menawarkan perkhidmatannya di sekitar Daerah Hulu Langat.

Kursus selama dua hari tersebut telah memperincikan setiap sudut permasalahan samada teori mahupun praktikal dalam pengurusan jenazah wanita. Rata-rata peserta kursus amat berpuas hati segala ilmu yang disampaikan. Dengan adanya kumpulan penggerak pengurusan jenazah wanita bagi kariah Taman Tasik Semenyih ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu pihak Masjid Raja Musa Semenyih membuat tugas-tugas pengurusan jenazah awalan di rumah jenazah dan mungkin satu hari nanti para peserta dapat mengendalikan sendiri pengurusan jenazah wanita di Surau Al-Ittihaad.

Sila klik pautan di bawah ini untuk melihat gambar-gambar berkaitan aktiviti surau :
http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/

 
1 Comment

Posted by on 1 July 2011 in 2011-06, ARTIKEL, BERITA

 

One response to “KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAT

  1. Shafrry Sanusi

    19 September 2011 at 12:40

    Assalamualaikum tuan,saya hendak menghadiri kursus urus jenazah yang akan datang,tolong maklumkan kepada saya akan tarikhnya nanti.terima kasih.

    Shaffry Sanusi
    0123273924

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: