RSS

PERTANDINGAN GOLF AMAL SURAU AL-ITTIHAAD 2011

28 Jul

Tarikh : 28 Julai 2011 bersamaan 26 Sya’ban 1432

Aksi Sdr. Sazali ....

Cetusan idea dari Hj. Hamdan Mohammad, Hj. Abu Samah Othman dan Hj. Mohd Hisma Hashim telah disambut baik oleh pihak AJK Surau Al-Ittihaad. Cadangan murni ini adalah bertujuan untuk mengutip dana bagi tabung Surau dan Sekolah KAFAI Al-Ittihaad serta juga Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih bagi menampung kos senggaraan dan operasi untuk ketiga-tiga entiti ini.

Bagi menguruskan pentadbiran pertandingan tersebut, satu jawatankuasa pertandingan telah dilantik yang dianggotai oleh :

1.   Pengerusi – Hj. Hamdan Mohammad
2.   Timbalan Pengerusi – Hj. Abu Samah Othman
3.   Setiausaha – Hj. Mohd Hisma Hashim
4.   Bendahari – Hj. Samsudin Taramuji
5.   AJK – En. M. Naim Nor
6.   AJK – En. Ahmad Wasfi Kadri
7.   AJK – Hj. Sulaiman Kamari
8.   AJK – Hjh. Kayah Hj Abd Hamid
9.   AJK Jemputan – Dato’ Mohd Nawawi Ismail (Penasihat Persatuan TTS)
10. AJK Jemputan – Dato’ Ahmad Fuad Embi (Pengerusi Persatuan TTS)

Disamping AJK yang disenaraikan di atas, mereka juga telah dibantu oleh penama di bawah ini sepanjang pertandingan itu dijalankan :

1.   Hj. Shukri Ahmad 
2.   En. Ahmad Sazali Putih Salim 
3.   En. Kamarul Azlan Abu Samah
4.   En. Abd Rahim Abd Latif 
5.   Pn. Zaniriah Johari 
6.   Pn. Zaitun Shaari 
7.   Cik Hawa Azniza Abu Samah

Pertandingan yang dianjurkan itu telah mendapat sambutan sepertimana yang diharapkan. Sejumlah 104 orang peserta telah mengambil bahagian dan ia dijalankan dalam suasana ceria dan santai. Ia diadakan di Staffield Country Resort, Mantin Negeri Sembilan. Jadual pertandingan adalah seperti berikut :

07.45 pagi – Lapor diri dan sarapan pagi
08.10 pagi – Taklimat pertandingan
08.15 pagi – Pertandingan dimulakan
12.30 tgh   – Tamat pertandingan dan kemas diri
13.30 tgh   – Solat Zohor
13.45 tgh   – Makan tengahari
14.00 ptg   – Bacaan doa
14.10 ptg   – Penyampaian hadiah

Apa yang disasar dan dihasratkan oleh AJK Pertandingan telah pun dapat dicapai. Sebagai penghargaan dan terima kasih kepada AJK Pertandingan yang telah terlibat disepanjang persiapan dan pertandingan tersebut, pihak Surau Al-Ittihaad telah merai serta menyampaikan cenderahati kepada mereka-mereka ini. 

Tahniah dan jazakkalLah …… semoga ALLAH saja yang dapat membalas jasa AJK Pertandingan. Tidak lupa juga, terima kasih dari pihak surau untuk para peserta dan penderma khusus untuk pertandingan ini.

Sila klik pautan di bawah ini untuk melihat gambar-gambar berkaitan aktiviti surau :
http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/

 
Leave a comment

Posted by on 28 July 2011 in 2011-08, BERITA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: