RSS

MAJLIS MESRA E’IDULFITRI SURAU AL-ITTIHAAD 2011

26 Sep

Tarikh : 24 Sep 2011 bersamaan 25 Syawal 1432

AJK Surau sedang memasang khemah .....

Persiapan untuk menyusun-atur majlis telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Mereka-mereka yang hadir untuk bergotong-royong begitu komited sekali. Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah pembersihan kawasan, mencantik dan menceriakan surau, menyusun kerusi dan meja makan, tegakkan khemah di belakang dapur, masak lemang, masak laksa, penyediaan ‘desserts’ dan minuman. Kesemuanya ini dapat disiapkan sebelum jam 3.00 petang.

Pada jam 6.00 petang, AJK dan petugas kembali ke surau untuk penyediaan makanan di meja-meja makan yang telah disusun-atur sebelum ini. AlhamdullilLah…semuanya beres ‘on-time’.

Pa' Abu dan Sdr. Azmir sedang khusyuk menjamu selera....

Majlis ini yang julung kali dianjurkan oleh pihak surau telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan samada dari kalangan ahli kariah mahupun para jemputan. Walaupun ahli kariah terlalu ketat dengan jadual rumah terbuka di tempat-tempat lain, namun hati mereka masih lagi sayang pada kampung mereka sendiri dengan mempamirkan komitmen mereka dengan mendahului jemputan surau.

Difahamkan bahawa Dato’ Mohd Nawawi Ismail (Penasihat Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih) juga telah sanggup berkejar ke majlis ini sekembalinya dari urusan kerja beliau di Kuala Terengganu pada jam 8.00 malam. Begitu terharunya AJK surau apabila melihat betapa komitednya beliau terhadap surau ini. Majlis ini telah berlangsung pada 24 Sep 2011, Sabtu mulai jam 6.30 petang. Acara yang telah disusun atur adalah seperti berikut :

  • 6.30 ptg – Ketibaan tetamu
  • 6.45 ptg – Doa selamat dan kesyukuran
  • 7.10 mlm – Solat Maghrib
  • 7.45 mlm – Ucapan aluan Pengerusi Majlis
  • 7.50 mlm – Ucapan Pengerusi Surau Al-Ittihaad
  • 7.55 mlm – Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih
  • 8.00 mlm – Jamuan makan dan ramah mesra
  • 8.45 mlm – Solat Isya’
  • 9.15 mlm – Jamuan makan dan ramah mesra
  • 11.00 mlm – Majlis bersurai

Di majlis ini, Pengerusi surau telah mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran para tetamu disamping mengimbau sedikit sejarah kewujudan Surau Al-Ittihaad agar penat jerih orang-orang yang terdahulu untuk membangunkan prasarana surau ini dapat dikenang dan diabadikan. Bagi pihak AJK surau, beliau juga merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua para tetamu khususnya para dermawan, mereka yang memberi sumbangan idea serta tenaga kerja untuk membuat kerja-kerja gotong-royong di surau. Pada masa yang sama juga, beliau mengambil peluang untuk memohon jutaan kemaafan dalam segala bentuk keterlanjuran samada dari segi tutur-kata bahasa, tingkah laku dan kelemahan urus tadbir surau ini.

Apa yang dapat diperhatikan, majlis ini bukan sekadar untuk hadir dan makan, apa yang penting ialah mengakrabkan lagi silatul-rahim dikalangan ahli kariah…..bak kata orang ‘yang jauh di didekat-dekatkan’ dan yang ‘dekat di mesra-mesrakan’.

Akhir sekali, harapan semua pihak iaitu agar majlis yang serupa dapat dianjurkan lagi di masa-masa yang akan datang jika diizinkan ALLAH…Insya’ALLAH.

Sila klik pautan di bawah ini untuk melihat gambar-gambar berkaitan aktiviti surau :
http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/


 
2 Comments

Posted by on 26 September 2011 in 2011-09, BERITA

 

2 responses to “MAJLIS MESRA E’IDULFITRI SURAU AL-ITTIHAAD 2011

  1. zaniriah

    15 November 2011 at 09:24

    Assalamualaikum. Memandangkan AJK surau tlh ddaftar, elok juga jika ade gambar secara berkumpulan – as an appreciation dsamping membantu mmpertingkatkan lagi komitmen setiap individu. Terima kasih

     
  2. Surau Al-Ittihaad

    15 November 2011 at 11:25

    M….salam, terima kasih atas cadangan yang baik ini. Insya’Allah kita cuba anjurkan sessi bergambar semasa Hari Ihtifal Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad nanti. Harap dapat ingatkan saya, kalau-kalau terlupa.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: