RSS

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA BAGI PEMBINAAN BANGSAL DI DATARAN AL-ITTIHAAD

08 Oct

Tarikh : 7 Oktober 2011 bersamaan 07 Zulkaedah 1432

En. Norazlan, Penyelaras DUN Semenyih sedang berucap

Majlis ringkas tersebut telah berlangsung di Dewan Solat Surau Al-Ittihaad pada 7 Okt 2011 bersamaan hari Jumaat.   Agenda majlis adalah seperti berikut :

1.  Solat Maghrib
2.  Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ust. Amzan Satiman
3.  Solat Isya’
4.  Ucapan oleh Hj. Samsudin Taramuji (Pengerusi Surau Al-Ittihaad)
5.  Ucapan oleh Penyelaras DUN Semenyih – En. Norazlan
6.  Penyampaian cek sumbangan derma
7.  Jamuan

Ini merupakan sumbangan ketiga yang disampaikan oleh Penyelaras DUN Semenyih, En. Norazlan. Tedahulu, beliau telah memberi sumbangan derma semasa Pertandingan Golf Amal Surau Al-Ittihaad 2011 serta sumbangan khas Ramadhan. Sumbangan kali ini merupakan khusus untuk pembinaan bangsal di dataran Al-Ittihaad bagi tujuan untuk kegunaan murid Sekolah KAFA Integrasi dan jemaah Surau Al-Ittihaad.

Pihak surau juga ingin merakamkan terima kasih kepada Hj. Sulaiman Kamari (AJK Pendidikan dan Dakwah) atas initisiatif dan usaha beliau untuk menyedia dan memanjangkan permohonan sumbangan derma ini ke pihak Penyelaras DUN Semenyih. AlhamdullilLah, apa yang dipohon telah diperolehi walaupun tidak sepenuhnya. Nilai sumbangan tersebut ialah RM8,000. Insya’Allah, pembinaan dijangka akan bermula pada bulan Nov 2011 selepas Hari Raya E’idul Adha sekiranya semua berjalan dengan lancar.

Sila klik pautan di bawah ini untuk melihat gambar-gambar berkaitan aktiviti surau :
http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/
 

 
Leave a comment

Posted by on 8 October 2011 in 2011-09, BERITA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: