RSS

Monthly Archives: November 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH KAFA INTEGRASI AL-ITTIHAAD 1432H/2011M

Tarikh :  19 Nov 2011M-Sabtu bersamaan pada 23 Zulhijjah 1432H

Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad sekali lagi telah berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal bagi kali yang ketiga untuk murid-murid yang belajar disepanjang tahun 2011. Walaupun perancangan yang agak singkat, namun majlis tersebut dikira berjaya kerana apa yang telah dirancang telah dapat dilaksanakan dengan tersusun dan  lancar tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Aturcara majlis yang telah disusun atur adalah seperti berikut :

6.00 ptg   – Pendaftaran murid
7.45 mlm – Ketibaan ibu/bapa dan tetamu
8.00 mlm – Ketibaan Al-Fadhil Ust. Bong Salleh. PPTA (Pendidikan) Daerah Hulu Langat)
8.15 mlm – Solat Isya’
              – Bacaan doa’ oleh Hj. Mohd Shukri Ahmad
              – Ucapan oleh Pengerusi Majlis, Tn. Hj. Sulaiman Kamari
              – Ucapan aluan Pengerusi ALP Sekolah KAFA Integrasi Al-Ittihaad, Hj. Samsudin Taramuji
              – Ucapan perasmian oleh Al-Fadhil Ust. Bong Salleh Adnan, PPTA (Pendidikan) Daerah Hulu Langat
              – Persembahan Nasyid dan Majlis Khatam Quran oleh murid-murid tahun 1 dan 6
              – Penyampaian hadiah dan cenderahati
              – Anugerah Tokoh Murid Lelalki dan Perempuan 2011
              – Jamuan

Peserta khatam Al-Quran 2011, murid tahun 6 :

1.  Ahmad Danial bin Abd. Rahman
2.  Hazmi bin Haridan
3.  Muhammad Ashraf bin Hariyanto
4.  Muhammad Syabil bin Damin
5.  Muhammad Nur bin Rosli
6.  Mohd Haziq bin Mohd Salleh
7.  Izzah Sharmilah bt Mohd Jamil
8.  Zarith Sofea bt Herray
9.  Mohd Hafzin Zikri bin Mohd Fodli

Peserta khatam Al-Quran 2011, murid tahun 1 :

1.  Habiballah bin Abd. Rahim
2.  Muhammad Hafzin Zakwan bin Mohd Fodli
3.  Muhammad Khairul bin Mohd Fauzi
4.  Muhammad Zulhirman bin Che Lah
5.  Nadhirah Najihah bt Mohd Rasid
6.  Rashidah bt Mat Rashid
7.  Amirul Aadli bin Ahmad

Senarai penerima hadiah kecemerlangan murid bagi tahun 2010 mengikut kelas adalah seperti senarai berikut :

Kelas Tahun 1 :

1.  Habiballah bin Abd. Rahim
2.  Muhammad Hafzin Zakwan bin Mohd Fodli
3.  Nadhirah Najihah bt Mohd Rashid

Kerajinan : Rashidah bt Mat Rasid.

Kelas Tahun 2 :

1.  Fatin Nursubaihah bt Fahrul Rozir
2.  Muhammad Ammar Najwan bin Hafrulnizam
3.  Muhammad Hafifi Danial bin Alias

Kerajinan : Muhammad Hafizi bin Rahmat Ali.

Kelas Tahun 3 :

1.  Muhammad Nuqman Nusair bin Zailani
2.  Nurnajihah bt Mokhairi
3.  Nur Atikah bt Zulkifli

Kerajinan : Amirul Arman bin Latib.

Kelas Tahun 4 :

1.  Rabiatul Adawiyah bt Fahrul Rozi
2.  Ahmad Izat bin Adzly
3.  Amar Akhmal bin Masrom

Kerajinan : Ahmad Idzat bin Adzly.

Kelas Tahun 5 :

1.  Ridhayatun Najihah bt Herray
2.  Amyra Athurah bt Latib
3.  Nuraqilah bt Zailani

Kerajinan : Izzah Sharmilah bt Mohd Jamil.

Kelas Tahun 6 :

1.  Zarith Sofea bt Herray
2.  Izzah Sharmilah bt Mohd Jamil
3.  Muhd Hafzin Zikry bin Mohd Fodli

Kerajinan : Mohd Nor Adli bin Rosli

Anugerah Cemerlang Ujian PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) 2010 :

1.  Zareth Sofea bt Herray
2.  Muhammad Nur Adli bin Rosli
3.  Muhammad Hafzin Zikry bin Mohd Fodli

Tokoh Murid Lelaki 2011 : Muhammad Nur Adli bin Rosli

Tokoh Murid Perempuan 2010 : Zarith Sofea bt Herray

Semua hadiah dan cenderahati : disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Bong Salleh, Dato’ Ahmad Fuad Embi (Pengerusi Persatuan Penduduk TTS) dan Pengerusi Surau Al-Ittihaad.

Sekolah ini telah mencatat sejarahnya tersendiri apabila salah seorang pelajar tahun enamnya iaitu Zarith Sofea bt Herray telah memperolehi keputusan mumtaz (cemerlang) di dalam peperiksaan UPSRA 2011 disamping kesemua murid-murid yang mengambil peperiksaan tersebut telah lulus.

Bagi kejayaan tersebut, syukur kehadrat Allah dipohon disamping ucapan terima kasih dan tahniah dituju khas kepada ustazah-ustazah (Rabiatun Niza @ Husna Che Ramly, Ustazah Sharmilah Sharif, Ustazah Hasidah Abdul Rahim, Ustazah Siti Hawa Abdul Rahman dan Ustazah Hasnizah Ahmad Mokhtar) yang telah mengajar dan menbimbing tanpa rasa penat lelah. JAZAKALLAH dan SYABAS !

Sila klik URL di bawah ini untuk melihat gambar-gambar yang diambil sepanjang program yang dijalankan :

http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/sets/72157625359217609/show/

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 23 November 2011 in 2011-11, BERITA

 

SAMBUTAN HARI RAYA E’IDULADHA 1432H/2011M

Tarikh : 6 Nov 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432

Sdr. Samry dan rakan-rakan telah bersedia dengan lembu qurban untuk disembelih..

ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR… laungan takbir yang bergema di Surau Al-Ittihaad selepas solat Maghrib pada malam 9 Zulhijjah sebagai tanda bermulanya Hari Raya E’iduladha. Ia diketuai dan dibimbing oleh Hj. Shukri Ahmad, Imam surau ini. Para jemaah dengan penuh khusyuk dan tawadduk bersama-sama bertakbir. Takbir perpanjangan sehingga waktu Isya’.

Keesokkan hari, jam 07.30 pagi jemaah telah memenuhi ruang solat untuk menunaikan solat sunat Ei’iduladha. Sebelum solat bermula, Pengerusi surau telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan ringkas yang merangkumi ucapan selamat hari raya E’iduladha, maklumat perkembangan pembangunan surau serta program Ibadah Qurban yang menyusul kemudian pada jam 08.45 pagi selepas solat sunat E’iduladha.

Imam yang bertugas pada hari itu ialah Hj. Shukri Ahmad dan dibantu oleh Bilal iaitu Sdr. Shahbudin Mohd Zain. Teks khutbah agak padat yang banyak menyentuh soal ibadah qurban dengan pengertian yang sebenarnya untuk dihayati bersama.

Petugas-petugas sedang melapah daging qurban...

Seperti yang dijadualkan, program Ibadah Qurban telah bermula sedikit lewat iaitu pada jam 9.15 pagi. Peserta dan petugas telah memulakan qurban pertamanya pada jam 9.30 pagi. AlhamdulliLLah, semua peserta-peserta dan petugas-petugas yang terlibat telah memberikan kerjasama dan komitmen yang utuh dari mula sehingga tamat Ibadah Qurban. Tahun ini, kariah Surau Al-Ittihaad telah berjaya menyediakan 3 ekor lembu dan sementara seekor lembu dan seekor kambing telah disediakan saudara Islam rakyat Pakistan yang turut bersama-sama menumpang dengan surau ini untuk menjalankan Ibadah Qurban. Keseluruhannya, sejumlah lebih kurang 120 bungkusan dan beratnya 1kg setiap satu telah diagih-agihkan kepada petugas-petugas dan ahli kariah terpilih yang lain. Program ini telah tamat pada jam 12.45 tengah hari. SYABAS dan JAZAKALLAH… kepada semua yang terlibat secara langsung dalam program Ibadah Qurban tahun ini.

Sila klik pautan di bawah ini untuk melihat gambar-gambar berkaitan aktiviti surau :
http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/


 
1 Comment

Posted by on 12 November 2011 in 2011-11, BERITA

 

Tags: