RSS

SAMBUTAN HARI RAYA E’IDULADHA 1432H/2011M

12 Nov

Tarikh : 6 Nov 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432

Sdr. Samry dan rakan-rakan telah bersedia dengan lembu qurban untuk disembelih..

ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR… laungan takbir yang bergema di Surau Al-Ittihaad selepas solat Maghrib pada malam 9 Zulhijjah sebagai tanda bermulanya Hari Raya E’iduladha. Ia diketuai dan dibimbing oleh Hj. Shukri Ahmad, Imam surau ini. Para jemaah dengan penuh khusyuk dan tawadduk bersama-sama bertakbir. Takbir perpanjangan sehingga waktu Isya’.

Keesokkan hari, jam 07.30 pagi jemaah telah memenuhi ruang solat untuk menunaikan solat sunat Ei’iduladha. Sebelum solat bermula, Pengerusi surau telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan ringkas yang merangkumi ucapan selamat hari raya E’iduladha, maklumat perkembangan pembangunan surau serta program Ibadah Qurban yang menyusul kemudian pada jam 08.45 pagi selepas solat sunat E’iduladha.

Imam yang bertugas pada hari itu ialah Hj. Shukri Ahmad dan dibantu oleh Bilal iaitu Sdr. Shahbudin Mohd Zain. Teks khutbah agak padat yang banyak menyentuh soal ibadah qurban dengan pengertian yang sebenarnya untuk dihayati bersama.

Petugas-petugas sedang melapah daging qurban...

Seperti yang dijadualkan, program Ibadah Qurban telah bermula sedikit lewat iaitu pada jam 9.15 pagi. Peserta dan petugas telah memulakan qurban pertamanya pada jam 9.30 pagi. AlhamdulliLLah, semua peserta-peserta dan petugas-petugas yang terlibat telah memberikan kerjasama dan komitmen yang utuh dari mula sehingga tamat Ibadah Qurban. Tahun ini, kariah Surau Al-Ittihaad telah berjaya menyediakan 3 ekor lembu dan sementara seekor lembu dan seekor kambing telah disediakan saudara Islam rakyat Pakistan yang turut bersama-sama menumpang dengan surau ini untuk menjalankan Ibadah Qurban. Keseluruhannya, sejumlah lebih kurang 120 bungkusan dan beratnya 1kg setiap satu telah diagih-agihkan kepada petugas-petugas dan ahli kariah terpilih yang lain. Program ini telah tamat pada jam 12.45 tengah hari. SYABAS dan JAZAKALLAH… kepada semua yang terlibat secara langsung dalam program Ibadah Qurban tahun ini.

Sila klik pautan di bawah ini untuk melihat gambar-gambar berkaitan aktiviti surau :
http://www.flickr.com/photos/ttsittihad/


 
1 Comment

Posted by on 12 November 2011 in 2011-11, BERITA

 

Tags:

One response to “SAMBUTAN HARI RAYA E’IDULADHA 1432H/2011M

  1. Abul Faruq

    13 November 2011 at 23:06

    Tahniah,program besar dapat dilaksanakan dengan jayanya. Smg segala korban kita diterima oleh-NYA… Selamat Hari Raya Eidul Adha Maaf Zahir & Batin buat semua warga surau.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: