RSS

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DAN SUKARELAWAN PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM), BERANANG

09 Apr

Tarikh : 01 April 2012 bersamaan 09 Jamadil Awal 1433

Program anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih dan Surau Al-Ittihaad telah diadakan pada 01 Apr 2012 bermula dari jam 8.30 pagi di Dataran Surau Al-Ittihaad. Seramai 41 orang pelajar dan 3 orang Pensyarah dari kolej berkenaan telah mengambil bahagian bersama-sama dengan AJK Persatuan TTS dan AJK Surau Al-Ittihaad.

Objektif utama selain membersihkan kawasan dan persekitaran, ia adalah bertujuan untuk memupuk tali persaudaraan dan silatulrahim diantara pelajar, pensyarah serta penduduk tempatan disamping pelajar-pelajar ini didedahkan dengan aspek ‘penghijauan’ dan pemeliharaan alam sekitar bertepatan dengan sempena dengan ‘Hari Bumi’ yang juga disambut pada bulan April.

En. Ahmad Wasfi selaku Penyelaras Program tersebut telah mengatur dan membahagikan pelajar-pelajar berkenaan kepada beberapa kumpulan dalam usaha mempastikan tugasan dan kerja-kerja dapat disempurnakan dengan licin dan teratur.

Sebelum program gotong-royong di mulakan, pelajar-pelajar tersebut telah diberi taklimat aturcara program serta agihan tugasan. Program yang telah disusun atur adalah seperti berikut, diantaranya :

  • 8.30 pagi – Ucapan aluan oleh Pengerusi Perstauan Penduduk TTS, YBhg. Dato’ Ahmad Fuad Embi
  • 8.40 pagi – Ucapan oleh Pengerusi Surau Al-Ittihaad, Hj. Samsudin Taramuji
  • 8.45 pagi – Pemilihan kumpulan dan taklimat tugasan oleh Sdr. Ahmad Wasfi
  • 9.00 pagi – Sarapan pagi
  • 9.30 pagi – Memulakan tugasan khidmat masyarakat di kawasan Surau Al-Ittihaad dan sekitar TTS
  • 12.15 tgh – Makan tengahari
  • 12.45 tgh – Rehat
  • 13.20 tgh – Solat Zohor berjemaah
  • 14.00 ptg – Majlis bersurai

Seluruh warga Penduduk Taman Tasik Semenyih ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pelajar-pelajar KPM yang telah bersusah-payah serta bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Kami mendoakan agar pelajar-pelajar ini akan berterusan mengamalkan sikap mulia ini disamping segala usaha mereka ini akan mendapat ganjaran yang sewajarnya dari ALLAH. Amin …..

 
Leave a comment

Posted by on 9 April 2012 in 2012-04

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: