RSS

Bilakah Kita Pencen ?

BILAKAH KITA PENCEN ?

Sumbangan : Abu ‘Ukasyah Al-San’ani

Persoalan ini yang sering timbul di dalam benak setiap insan, terutamanya orang Melayu. Hakikat kehidupan manusia yang dimulai dengan fasa bayi/kanak-kanak, remaja, belia dan  dewasa. Semua orang yang berada pada setiap fasa tersebut mempunyai cita-cita untuk berpindah ke fasa yang seterusnya. Paling akhir ialah peringkat ”pencen” yang akan dianugerahkan kepadanya, itulah yang sering berlegar difikiranya bila mencecah usia tua. Orang Melayu sering mengangankan agar waktu pencennya hanya akan diisi dengan menjengah ke surau atau institusi agama.

Daripada mana kita perlu bermula ? Apakah yang kita sepatutnya lakukan semasa muda ? Sepatutnya, itu jugalah yang kita perlu lakukan semasa memegang jawatan ”pencen”. Cuma bezanya adalah pada kadar kekuatan tenaga fizikal. Masa muda digunakan sepenuhnya tenaga untuk mengangkat kayu balak, atau mengendong batu seberat 70 hingga 80 kilogram. Tidak logik jika umur tuanya kelak bebanan yang sama dapat dipikulnya. Tapi, adakah bermaksud seorang insan itu hanya akan melihat sahaja generasi selepasnya mengangkat kayu balak tersebut atau mengendong batu seberat itu ?

Pengalaman menghumban kayu balak pada tempatnya, mencampak batu seberat puluhan kilogram di lorongnya, hanya tersemat dikalbunya? Tidak..tidak.. insan yang peka dengan timbangannya dihadapan Allah tidak berbuat demikian. Tunjuk ajar diberikan, pengalaman dikongsikan dan bimbingan dicurahkan. Ingatlah pada burung ”pipit”, mengikut cerita, kononnya dia berusaha mengangkut air dengan paruhnya demi memadamkan api bakaran Nabi Ibrahim a.s. Itulah amalnya. Walau sedikit, tapi berpada dengan saiz tubuhnya.

Kadar tenaga insan yang berpangkat ”pencen” tidak sama dengan remaja serta belia. Akan tetapi pahala tetap sama jika amal diteruskan dengan niat yang tulus untukNya. Maka, hapuskanlah istilah PENCEN dalam kamus hidup anda buat selamanya !

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: