RSS

MUQADIMAH

Assalaamu’alaikum wbt para Muslimin-Muslimat sekelian,

Blog ini terhasil apabila pihak Surau Al-Ittihad Taman Tasik Semenyih (TTS), SEMENYIH Selangor merasakan wadah penyampaian maklumat perlu diperluaskan lagi dan tidak hanya tertumpu dengan menggunakan media penyampaian konvensional sahaja iaitu melalui surat-menyurat, talipon mahupun sistem pesanan ringkas (sms). Ditambah lagi dengan wujudnya infrastruktur internet dalam kawasan taman ini, maka Surau Al-Ittihad cuba mengorak selangkah ke hadapan untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai nilai tambah kepada media penyampaian konvensional yang sedia ada.

Diharapkan blog ini akan menjadi pusat sumber maklumat berkaitan dengan Islam samada khusus dijalankan oleh surau mahupun lain-lain organisasi di luar sana. Dengan cara yang demikian, ia sedikit sebanyak akan mampu mempertingkatkan lagi cara penerimaan ilmu dikalangan jemaah Islam di taman ini.

Tepat pada 01 Hijarah 1430 / 01 Jan 09, Surau Al-Ittihad TTS telah berjaya menghasilkan blognya sendiri dengan harapan maklumat yang disampaikan akan mampu mempertingkatkan ilmu berkaitan Islam kepada kumpulan sasarnya.

Selaku Pentadbir Blog ini, kami juga amat mengalu-alukan penduduk TTS serta masyarakat di luar sana untuk menyumbang idea yang bernas dan ikhlas bagi mempastikan maklumat-maklumat yang bakal dimuatkan dapat memberi manfaat yang terbaik mungkin untuk semua golongan masyarakat lebih-lebih lagi umat Islam setempat.

Wasallam.

Pentadbir Blog – 01 Hijrah 1430 / 01 Jan 09 jam 7.30 pagi

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: