RSS

SEJARAH

Taman Tasik Semenyih (TTS) yang kedudukannya bersebelahan dengan Universiti Nottingham (Cawangan Malaysia) ini terletak lebih kurang 3 km dari pekan Semenyih. Untuk ke taman ini, ia perlu menggunakan Jalan Broga yang mana keindahan panorama semula jadi iaitu bukit dan gunung Titiwangsa telah menjadi daya tarikan untuk pihak Universiti Nottingham yang berpengkalan di UK mendirikan cawangannya di sini. Ini telah memberi satu kelebihan dan keunikkan pada TTS untuk di kenali di serata pelusuk dunia.

Projek perumahan TTS, Semenyih Selangor telah siap dibina dan dihuni seawal 1998.  Penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang majoritinya ialah bangsa Melayu.  Dicatat sehingga 2009, jumlah penduduk bangsa Melayu melebihi 300 keluarga dan lain-lain bangsa; Cina dan India kurang dari 50 keluarga. Ini tidak termasuk sejumlah pelajar-pelajar Universiti Nottingham yang datang untuk menyewa rumah-rumah yang disediakan olih pihak universiti mahupun individu.

Di peringkat awal, penduduk TTS telah menggunakan sebuah rumah banglo satu tingkat di jalan TTS 4/4 untuk dijadikan surau. Namun, dengan kegigihan penduduk dan kerjasama Syarikat Pemaju Perumahan TTS, surau yang sedia ada iaitu Surau Al-Ittihad TTS dapat didirikan dengan kos lebih kurang RM 300 ribu. Ia mula beroperasi pada tahun 2002.

Semua kejayaan ini adalah berkat usaha AJK Protem Surau Al-Ittihad dimana pada peringkat awalnya diterajui olih Hj. Azidin dan kemudiannya diambil alih olih Tan Sri Dato’ Nordin Kardi. Alhamdullillah, akhirnya semua impian dan cita-cita penduduk Islam untuk mendirikan Surau Al-Ittihad ini tercapai juga walaupun menghadapi pelbagai bentuk dugaan dan rintangan semasa melaksanakan projek ini.

Surau yang telah siap dibina ini mampu memuatkan sejumlah 300 jemaah pada sebilangan masa. Insya’Allah, dalam perancangan jangka panjang, AJK yang sedia ada akan cuba untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak yang berwajib agar ia dapat dinaik taraf kepada  masjid dan seterusnya membolihkannya mendirikan solat Jumaat.

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: